Inter Milan meneruskan prestasi cemerlang mereka di dalam Serie A. Terbaru Inter Milan menang lagi ke atas Genoa dengan keputusan 3-0.
Kemenangan Inter kali ini agak unik kerana ada tiga pemain yang merupakan bekas pemain Manchester United yang mereka tandatangani dalam beberapa musim ini telah menjaringkan gol.
Inter Milan aktif memburu pemain pemain di Man United pada era Conte. Ashley Young, Lukaku, Alexis Sanchez dan Darmian adalah rekrut mereka dari sana.
Mujur Dalot ke Milan yang satu lagi.
Inter Milan tidak melakukan banyak perubahan untuk perlawanan ini. Antonio Conte sekadar melakukan satu pertukaran.
Inter Milan mendapat banyak peluang dalam perlawanan ini namun banyak yang dipersiakan. Jika tidak mereka pastinya boleh menang lebih besar.
Inter Milan mendahului hanya seminit selepas perlawanan dimulakan. Di mana Lukaku menyempurnakan hantaran pasangan utamanya, Lautaro Martinez.
👌🏿👌🏿. Easy work. Man united should have inserted a guy back clause. Big mistake. pic.twitter.com/46QeM4j9Pu
— ugliest (@SollySankz) February 28, 2021
Inter terus dominan dan memaksa Genoa bertahan. Pada minit ke-13, Darmian hampir menambah gol untuk tuan rumah. Namun percubaannya tidak cukup bagus.
4 minit kemudian Barella pula hampa dengan penyudah beliau yang hanya menggegar palang.
Selepas itu Inter terus bergelut berdepan dengan penjaga gol Genoa, Perin yang membuktikan kualitinya.
Separuh masa pertama berakhir 1-0. Masuk babak kedua, Genoa memperbaiki aksi mereka. Namun mereka tetap sukar menembusi pertahanan kental Inter.
Inter akhirnya mendapat gol kedua mereka pada minit ke-69. Kali ini menerusi Darmian.
Lukaku dengan bijak melorongkan bola kepada Darmian dan pemain itu terus merembat masuk.
Dan pada mint ke-77, giliran seorang lagi ex Manchester United iaitu Alexis Sanchez menyempurnakan peluang beliau.
Inter Milan menang 3-0 dan kekal di puncak liga dengan 4 mata di atas AC Milan.
Lukaku ⚽
Darmian ⚽
Sanchez ⚽M̶a̶n̶c̶h̶e̶s̶t̶e̶r̶ ̶U̶n̶i̶t̶e̶d̶ Inter Milan 3-0 Genoa pic.twitter.com/566tlUIb8u
— B/R Football (@brfootball) February 28, 2021