United Bantai LASK 5-0 (UEL): Ighalo Skor Lagi, Pereira Dirasuk Dan Buat Knuckle Shot

Lupakan sejenak tentang Bruno Fernandes. Kita fokus kepada seorang lagi pemain yang ditandatangani oleh United pada Januar lalu iaitu Odion Ighali.

Bekas penyerang Watford, Odion Ighalo terus cemerlang bersama dengan Man United.

Kali ini pemain Man United itu menjaringkan 1 lagi gol untuk United dalam kempen Eropah, di Liga Europa.

Ianya gol yang dilakukan dengan kawalan di zon padat / close control dan kemudian melepakan shot deras ke arah penjaga gol untuk gol pertama Man United.

United menang bergaya 5-0 ke atas LASK di tempat lawan untuk sebelah kaki, eh boleh dikatakan kedua dua kaki sudah ke pusingan suku akhir Liga Europa League 2019/20.

Ighalo meletakkan United di hadapan pada minit ke-28. Beliau kini sudah menjaringkan gol dalam setiap perlawanan yang beliau bermula.

Power betul Ighalo ni walaupun barang yang dipinjam dari China. Antara best signing United musim ini.

Daniel James kemudian menjadikan keputusan 2-0 selepas beliau melepaskan rembatan leret menewaskan penjaga gol pada minit ke-58.

James memiliki beberapa peluang gol dalam perlawanan ini. Mujur ada satu yang masuk.

Seterusnya Man Utd menjaringkan satu lagi gol menerusi pemain veteran Juan Mata pada minit ke-82, satu hantaran bijak daripada Fred yang membelah pertahanan.

Memang jahat assist Fred tu. Visi yang sangat luar biasa daripada pemain cemerlang United musim ini.

Ketika perlawanan seakan akan berakhir dengan 3-0, dua pemain gantian United menambah gol iaitu Mason Greenwood dan juga Andreas Pereira – pada masa kecederaan.

Jaringan Andreas Pereira itu sangat menarik. Beliau melakukan knuckle shot yang bola beliau menjunam di hadapan penjaga gol. Tiada peluang untuk penjaga gol.

Man United menang bergaya dengan keputusan 5-0.

Boleh dikatakan misi layak ke pusingan suku akhir sudah selesai. Fokus mereka selepas ini adalah berhadapan dengan Spurs dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Man United kini sudah tak kalah dalam 10 perlawanan terakhir mereka dalam semua kompetisi. Padu teruk form United ketika ini.

Bersepah cleans sheet yang mereka telah catatkan dalam proses tersebut.

Makin hensem pula Ole sekarang kan?

Korang boleh layan pembantaian 5 gol oleh United di sini. Lihat sendiri gol Ighalo dan Pereira tu yang padu.

Gol Mata pun daripada assist sedap oleh Fred.