Borussia Dortmund kini dikaitkan dengan kepulangan semula Jadon Sancho selepas menjual pemain itu dengan nilai sekitar £85 juta pada 2021.
Sancho masih enggan meminta maaf kepada Erik Ten Hag, yang membuatkan dia terus disisihkan daripada pasukan utama. Dia dilarang berlatih dengan pasukan utama malah dilarang berada di perkarangan dewan makan kelab untuk mengawal dia daripada mempengaruhi rakannya yang lain.
Sancho dikatakan benar benar marah dengan tindakan Man United itu. Dan sedia untuk meninggalkan kelab itu pada Januari hadapan.
Beberapa kelab sudah memantau situasi Sancho termasuk kelab dari Arab Saudi dan juga Borussia Dortmund dari Jerman.
Man United sedia melelong Sancho dengan harga diskaun hampir separuh harga. Di mana kelab meletakkan tanda harga hanya £52 juta untuk Sancho.
United dikatakan tidak mahu melayan sebarang usaha kelab lain yang mahu mendapatkan Sancho secara pinjaman. Kerana mereka memilih untuk berunding tentang perpindahan tetap.
Sejak menyertai Man United Sancho gagal untuk menepati harapan yang tinggi diletakkan ke atasnya. Dia gagal menjadi pemain kesebelasan utama secara konsisten di Man United.
Kehadiran Erik Ten Hag awalnya dianggap sebagai faktor yang boleh membantu kebangkitan Sancho. Namun itu gagal berlaku. Sancho malah bertelagah dengan Ten Hag dan menuduh pengurus itu seringkali menjadikannya kambing hitam sejak dari dulu.