Manchester United dilaporkan sedia untuk menjual Sancho dengan harga lelong selepas diskaun. Langkah ini adalah untuk memastikan pemain itu berjaya dijual serta merta.
Manchester United sebelum ini membeli Sancho dengan nilai sekitar £75 juta dari Borussia Dortmund. Kini sedia untuk menjual pemain itu dengan harga sangat murah.
Sancho tidak sehaluan dengan Ten Hag musim lalu. Dan dia dipinjamkan ke Dortmund. United tidak mahu terus menjual Sancho pada masa itu. Kerana yakin mereka akan mendapatkan harga lebih tinggi daripada penilaian harga semasa.
United cuba sedaya upaya untuk mendapatkan pulangan modal mereka balik atau harga yang hampir dengan £75 juta.
Namun prestasi Sancho di Dortmund tidak konsisten. Dia bangkit pada aksi kalah mati UCL namun sunyi sepi pada malam final menentang Real Madrid.
Sancho memang sudah tak ada hati lagi untuk bermain dengan United terutama sekali di bawah kendalian Erik Ten Hag.
Ten Hag sudah memberitahu, pemain itu masih perlu meminta maaf jika dia mahu kembali ke dalam skuad utama United, untuk berlatih dan bermain.
Sancho masih belum meminta maaf secara terbuka atau secara rasmi kepada pengurus itu. Dan United sedia untuk menjual Sancho yang kontraknya semakin menuju ke tahun tahun terakhir.
Mereka sedia mendengar tawaran bermula dengan harga serendah £40 juta. Harga itu dianggap harga lelong dan sangat murah.
Sancho berharap dia akan kembali menyertai Dortmund secara tetap. Namun kelab itu berdepan dengan situasi kewangan yang agak sukar untuk membayar angka itu.
Man United sudah memberitahu kelab kelab yang berminat dengan Sancho bahawa mereka tidak akan menerima sebarang perjanjian pinjaman lagi.
🚨🔴 Manchester United remain 100% decided on selling Jadon Sancho this summer, regardless of who is manager.#MUFC board looking for £40m fee to let Sancho leave with interest from Borussia Dortmund but also other clubs. pic.twitter.com/NDDWX8caHl
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 9, 2024
Rata rata peminat United menganggap harga itu terlalu rendah namun mereka akui harga itu adalah yang terbaik untuk memastikan Sancho dapat berpindah ke kelab lain.
Mereka juga sedar bahawa Sancho dan Ten Hag tidak ngam bersama. Selain Dortmund ada beberapa kelab lain yang turut berminat dengan Jadon Sancho.
Sancho baru sahaja terlepas tiket untuk bermain di Euro 2024. Membuatkan dia tidak dapat menebus kehampaan bersama England dalam Euro sebelum ini.