United Lupakan Sancho Kerana Greenwood? Ye ke?

Segelintir peminat Manchester United turut merasa bimbang bahawa kemunculan Mason Greenwood bererti kelab tidak akan melabur untuk mendapatkan Jadon Sancho.

Bintang Borussia Dortmund diyakini telah menjadi sasaran utama untuk jendela perpindahan yang akan datang tetapi belum kesepakatan lagi dicapai di antara mereka.

Sementara itu, Greenwood telah meningkat naik hari demi hari, terutama sekali setelah liga dimulakan semula.

Pemain sensasi itu kini sudah menjadikan posisi sayap kanan sebagai miliknya, menjadi sebahagian daripada trio serangan yang mengujakan bersama Marcus Rashford dan Anthony Martial.

Ole Gunnar Solskjaer jelas tersenyum riang apabila kepercayaan beliau kepada pemain muda itu terbalas. Sebelum ini Ole dikritik kerana menjadikan Mason Greenwood sebagai alasan untuk melepaskan Lukaku dan Sanchez tanpa mendapatkan penyerang baharu.

Menurut Standard Evening, kemunculan Greenwood tidak akan mempengaruhi rancangan Red Devils untuk mendapatkan Sancho kerana dia tetap menjadi keutamaan untuk musim panas.

Lagipun, bekas pemain Manchester City itu adalah bakat sensasi dan ada banyak ruang untuk meningkat naik.

Sancho merupakan pemain sayap kanan utama di Borussia Dortmund. Namun ia bukan masalah untuk beliau datang ke United dan memberikan tambahan kualiti kepada skuad.

Ini memandangkan pilihan lain United di sayap kanan adalah Juan Mata, Jesse Lingard dan Daniel James, boleh dikatakan mungkin tidak cukup bagus untuk bermain sebagai pemain utama – dalam usaha mereka membentuk pasukan elit.

Mata sudah berusia. Lingard tu Lingardlah. Dan Daniel James pemain yang hanya bergantung kepada kepantasan namun dari segi ketajaman dan kreativiti beliau tidak begitu mengujakan.

Greenwood boleh bermain di kesemua posisi di zon serangan dan pemain itu memiliki kekuatan kaki kanan dan kiri yang serupa power.

 

Baca yang lain