United Mahukan Dumfries, Namun Bissaka Tak Nak Pindah West Ham

Aaron Wan Bissaka menolak perpindahan ke West Ham United dan mahu terus bersaing merebut tempat dalam skuad United.

Bissaka seringkali dianggap bukan pilihan terbaik oleh Ten Hag dari segi taktikal. Namun pemain itu pada akhir musim lalu berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain pemain lain walaupun terpaksa bermain di posisi bek kiri sekalipun,

Kini West Ham United mahukan pemain itu kerana mendapat tahu bahawa United sedang berusaha mendapatkan Denzel Dumfries.

Pemain tersebut bakal menjadi pemain pilihan utama Erik Ten Hag jika kelab berjaya mendapatkan pemain itu dari Inter Milan.

Ini kerana Dumfries dianggap mampu memberikan lebih dinamik ketika menyerang serta memiliki kefahaman taktikal moden yang lebih baik berbanding Aaron Wan Bissaka.

Aaron Wan Bissaka pula digelar pemain bek sisi yang keras dan cepat melakukan bentesan berbanding dengan game reading.

Selain itu isu kecergasan dan kecederaan pemain itu juga antara perkara yang kurang menyenangkan Erik Ten Hag.

Selain itu United juga sedia menawarkan Aaron Wan Bissaka sebagai salah satu syarat pembelian Denzel Dumfries dari Inter Milan.

Buat masa ini, Wan Bissaka masih tidak mahu berpindah ke mana mana kelab. Wan Bissaka bakal memasuki tahun akhir kontraknya. Dan jika United gagal menjualnya pada jendela perpindahan kali ini, mereka akan kehilangan pemain itu secara percuma selepas membelinya £50 juta dari Crystal Palace.

Sebenarnya kontrak Wan Bissaka sudah tamat pada 2024, namun United mengaktifkan lanjutan semusim lagi sehingga 2025 untuk kontrak pemain itu.