United Sedia Jual Greenwood

Manchester United masih belum pasti tentang kedudukan Mason Greenwood dalam pasukan itu pada musim hadapan.

Sebelum ini Sir Jim Ratcliffe tidak menolak kemungkinan Greenwood akan menjadi pemain utama United sekali lagi. Namun SJR berkata, keputusan itu akan melalui penelitian yang tertentu.

Ini termasuk mengambil kira pandangan pengurus pasukan serta kepentingan kelab itu sendiri.

Greenwood sebelum ini dipinjamkan ke Getafe selepas kelab tamat melakukan siasatan dalam ke atas pemain itu.

Keputusan untuk tidak terus menamatkan kontrak Greenwood dianggap sebagai langkah untuk membantu pemain itu dalam kariernya.

Ini selepas dia dibebaskan daripada semua pertuduhan serangan ke atas teman wanitanya sebelum ini.

Greenwood berjaya mendapatkan semula rentak permainannya ketika di La Liga. Dan sudah ada suara yang mahukan pemain itu diserap semula ke dalam skuad United.

Walaubagaimanapun, situasi menjadi rumit. Walaupun Greenwood bebas daripada pertuduhan, ianya kerana mangsa yang setuju untuk menggugurkan kes tersebut kerana masih mahu menjadi teman hidup Greenwood.

Tetapi United tersepit dalam dilema kerana video dan bukti bergambar tentang keganasan pemain itu sebelum ini tersebar meluas di internet.

Walaupun musim ini tinggal beberapa bulan lagi, United masih belum memutuskan tentang kedudukan pemain itu.

United malah sedia mendengar bidaan daripada kelab lain ke atas pemain itu untuk pembelian secara tetap.

Man United terbuka mahu mendapatkan wang daripada penjualan Greenwood namun memerlukan hasil penilaian dalaman yang dibuat pihak INEOS yang diketuai Sir Jim Ratcliffe.

Baca yang lain