Manchester United sanggup menawarkan gaji tiga kali ganda kepada Antoine Griezmann untuk memikat bintang Atletico Madrid itu ke Old Trafford.
The Red Devils telah mengharungi permulaan terburuk mereka dalam kempen sejak 61 tahun lalu pada awal musi ini, dengan masa depan Erik ten Hag dalam bahaya yang serius.
Namun keputusan dalam 5 perlawanan terakhir Man United membolehkan mereka terus mendaki tangga liga. Tetapi Ten Hag masih merasakan bahawa pasukannya memerlukan seorang lagi penyerang baharu.
United sebelum ini dikaitkan dengan Ivan Toney. Namun sedar harga pemain itu terlalu mahal apabila Brentford meminta sekurang kurangnya £100 juta.
Idea utama adalah untuk mengurangkan beban tekanan pada Rasmus Hojlund yang sebenarnya masih muda dan dalam fasa pembangunan.
Pemain baru Rasmus Hojlund juga masih belum menjaringkan gol dalam 10 penampilan Liga Perdana Inggeris, dengan kedua-dua Anthony Martial dan Antony juga gagal menunjukkan kualiti terbaik mereka musim ini.
Jadon Sancho adalah seorang lagi yang tidak disenangi di bawah kendalian Ten Hag, telah dibuang daripada skuad pasukan utama berikutan perselisihannya secara terbuka dengan Ten Hag.
Kini, United berminat untuk mendapatkan Griezmann untuk membantu menguatkan barisan serangan mereka, menurut akhbar Sepanyol El Nacional.
Laporan itu menambah bahawa beberapa pegawai pengurusan tertinggi Old Trafford telah pun pergi ke Sepanyol untuk mengadakan perbincangan dengan rombongan pemain itu mengenai kemungkinan perpindahan.
Dalam usaha untuk meyakinkan Griezmann untuk menyertai United, pasukan Liga Perdana Inggeris itu dilaporkan bersedia untuk menambah tiga kali ganda gaji Atletico Madrid, yang boleh menyaksikan dia memperoleh £18.4 juta semusim.
Itu akan bersamaan dengan kira-kira £350,000 seminggu, menjadikannya salah seorang yang berpendapatan tertinggi di eropah.
Penerbitan itu menyatakan bahawa Griezmann mempunyai klausa pelepasan hanya €25 juta atau sekitar £22 juta di Stadium Civitas Metropolitan, menjadikannya pilihan yang berpatutan dengan mengambil kira pengalaman luas pemain kebangsaan Perancis itu.
Ianya harga yang jauh lebih rendah daripada tanda harga Ivan Toney ataupun Victor Osimhen.
🚨 Manchester United have made contact with Antoine Griezmann's agent to explore the possibility of signing the French forward.
The Red Devils are willing to offer Griezmann a salary that would triple his current earnings at Atlético Madrid. Griezmann's release clause is… pic.twitter.com/svgcRdyF4c
— Football Talk (@FootballTalkHQ) November 18, 2023
Atletico sebelum ini mendapatkan semula Griezmann dari Barcelona selepas pemain itu gagal menunjukkan potensi terbaiknya di Nou Camp. Di mana ketika itu gaji Griezmann sangat tinggi.
Dia menerima pengurangan gaji yang sangat banyak ketika kembali semula ke Atletico. Dan kini dia ditawarkan kenaikan luar biasa sekali lagi.