United Tak Jadi Sign Cucurella, Sebaliknya Dapatkan Reguilon

Manchester United sebelum ini cuba mendapatkan Marc Cucurella dari Chelsea secara pinjaman.

Man United berdepan krisis kecederaan bek kiri selepas Luke Shaw mengikuti Tyrel Malacia berada di bilik pemulihan.

United dilaporkan sudah berunding untuk mendapatkan Marc Cucurella.

Pemain itu sudah lama berada dalam radar Erik Ten Hag sejak dia mengendalikan Ajax lagi. Kerana Cucurella menepati profile taktikal pasukan Ten Hag.

United berunding dengan Chelsea untuk perpindahan pemain itu secara pinjaman. Memandangkan tempat bek kiri pasukan Chelsea sudah menjadi milik Ben Chilwell.

Pemain yang dibeli Chelsea dengan nilai Β£50 juta dari Brighton itu kerap mendapat kritikan musim lalu.

Cucurella dilaporkan turut mempertimbangkan perpindahan ke Manchester United.

Namun rundingan itu dihentikan. Mungkin United mahukan rundingan yang lebih pantas agar dapat mengatasi deadline day.

United mengalihkan usaha mendapatkan Sergio Reguilon dari Spurs secara pinjaman. United dan Spurs setuju dengan klausa penamatan kontrak separuh musim pada Januari.

Reguilon sebelum ini pernah menjadi sasaran Man United. Namun rundingan mendapatkan pemain itu sebelum ini gagal kerana Ed Woodward pada masa itu dilihat tidak cukup serius dalam rundingan.

Akhirnya pemain itu menyertai Tottenham Hotspur.

Reguilon dianggap pemain yang sesuai dengan taktikal Erik Ten Hag yang mahukan bek sisi progresif.

Reguilon antara pemain yang seringkali menunjukkan kualiti cemerlang atas padang. Tetapi pemain itu juga bergelut dengan masalah kecederaan yang seringkali mengganggunya. United pasti sedar dengan rekod kecederaan pemain itu.

Β