Sebelum ini Inter Milan memberitahu Manchester United bahawa Andre Onana boleh dibeli dengan harga €50 juta.
Man United ketika itu mengharapkan mereka akan mendapatkan harga lagi rendah untuk Onana.
Namun selepas De Gea yang menjadi ejen bebas, tidak pasti sama ada tiada tawaran daripada kelab atau De Gea yang tolak – Man United memutuskan untuk menawarkan €45 juta kepada Inter.
Kerana angka itu dianggap sudah hampir dengan tanda harga Inter Milan sebelum ini.
Gianluca Di Marzio melaporkan bahawa, Man United memulakan rundingan verbal dengan Inter Milan berkaitan perpindahan pemain penjaga gol yang bercirikan ball playing itu.
Malangnya, Inter kini menaikkan lagi harga Onana sebanya €60 juta.
🚨 Manchester United have made a verbal offer of €45M for André Onana. 🇨🇲
Inter continue to ask for €60M.
(Source: @DiMarzio ) pic.twitter.com/HqJnzgofzo
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) July 5, 2023
Beberapa hari lalu Fabrizio Romano menegaskan berlaku kenaikan tanda harga pada Onana. Mungkin kerana kelab itu merasakan United sangat terdesak mahukan penjaga gol tersebut.
At the moment, Inter’s asking price for Andre Onana is around €50/55 million, rising to €60 million with add-ons. [@FabrizioRomano, United Stand YT] #mufc
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) July 3, 2023
Man United berdepan kesukaran untuk mendapatkan Onana pada harga lebih tinggi. Kerana akaun FFP mereka menyatakan kelab itu boleh berbelanja sekitar £120 juta sahaja. Ini selepas pemilik kelab tidak melabur walau sesen pun dalam masa 3 tahun terakhir ini.
Inter menaikkan tanda harga Onana kerana mereka mahu mendapatkan wang bagi membeli Romelu Lukaku. Seterusnya, ada minat daripada kelab Arab Saudi untuk penjaga gol tersebut.
Onana merupakan penjaga gol yang dibangunkan Erik Ten Hag ketika di Ajax. Dan dia adalah penjaga gol yang sangat baik bermain ball playing.