UNL: Dibantai Jerman 5-2, Mancini Minta Peminat Itali Terus Percaya Kepada Proses

Jerman berjaya menyamai kemenangan terbesar mereka ke atas juara Eropah Itali apabila Timo Werner menjaringkan dua gol dalam kemenangan 5-2 Liga Negara-Negara pada hari Selasa.

Keputusan di Moenchengladbach menyamai kemenangan Jerman 5-2 ke atas Azzurri di Stadium Olimpik Berlin pada tahun 1939.

Gol awal Joshua Kimmich dan penalti Ilkay Gundogan di Borussia Park meletakkan tuan rumah mendahului 2-0.

Thomas Mueller menjaringkan gol ke-44 untuk Jerman pada penampilan antarabangsanya yang ke-116 sebelum Werner menjaringkan dua gol berturut-turut.

Gol saguhati Itali datang lewat menerusi penyerang berusia 18 tahun Wilfried Gnonto dan Alessandro Bastoni.

Keputusan itu menyaksikan Jerman menduduki tempat kedua dalam Kumpulan A3 apabila pendahulu sebelum ini, Itali jatuh ke tangga ketiga, dengan Hungary mendahului selepas menang mengejut 4-0 ke atas England di Wolverhampton.

Jerman hanya mampu seri 1-1 hasil jaringan lewat Kimmich ketika kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu di Bologna pada awal Jun, tetapi ini adalah prestasi yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

Jurulatih Itali Roberto Mancini membayar harga yang tibggi kerana melakukan sembilan pertukaran daripada pasukan yang seri dengan England hujung minggu lalu kerana hanya Gianluigi Donnarumma dan David Frattesi mengekalkan tempat mereka dalam pasukan.

Mancini memang sudah menyatakan dia perlu melakukan perubahan. Tetapi ianya jelas sekali bukan perlawanan yang sesuai untuk bereksperimen.

Jurulatih Jerman Hansi Flick membuat lima perubahan kepada pasukan yang seri dengan Hungary di Budapest Sabtu lalu dengan kehadiran Ilkay Gundogan.

Bintang Manchester City itu mengetuai bahagian tengah berdepan dengan Itali, mencipta lebih banyak ruang di hadapan.

Jerman mendahului apabila Werner dan pemain Hoffenheim, David Raum bergabung untuk mencipta peluang kepada Kimmich, yang merembat masuk pada minit ke-10.

Itali bolos lagi sejurus sebelum separuh masa, apabila Bastoni menjatuhkan Jonas Hofmann dalam kotak penalti. Dan Gundogan melakukan penalti kemas melepasi Donnarumma.

Muller menjaringkan gol ketiga Jerman apabila dia mengambil kesempatan di atas kegagalan Itali mengeluarkan bola.

Werner menghukum pelawat dengan dua gol dalam masa seminit, apabila Serge Gnabry mencipta kedua-dua bantuan selepas melepasi pertahanan Itali.

Penjaga gol Jerman, Manuel Neuer, yang beraksi cemerlang sepanjang malam, akhirnya ditewaskan Gnonto, dan kemudian Bastoni.

Selepas menjadi juara Eropah, Itali terus bergelut dengan prestasi mereka. Itali gagal ke Piala Dunia dan kini dimalukan oleh Jerman di pentas UNL.

Ia adalah kali pertama Itali dibolosi lima gol sejak Mei 1957, ketika menentang Yugoslavia dalam Piala Antarabangsa Eropah Tengah.

“Sayang sekali untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan seperti ini, tetapi Jerman bagus dan kami tahu itu. Kami membenarkan mereka terlalu banyak ruang pada separuh masa pertama,” kata jurulatih Itali kepada RAI Sport.

“Terdapat beberapa perkara yang baik, walaupun keputusan agak mengecewakan, tetapi  sayang sekali. Persaingan kumpulan ini tetap terbuka luas.”

“Terdapat kesilapan, kerana kami tidak bertahan dengan baik sebagai satu unit. Beberapa perkara tidak berjaya, kami cuba bangkit, mendedahkan diri kepada serangan balas, ianya memang sentiasa menjadi risiko.”

Mancini: Teruskan percaya

Mancini telah memberi amaran sebelum kejohanan bermula lagi bahawa mereka akan mengambil risiko akan terjerumus dalam kekalahan memalukan untuk dalam usaha mereka membawa masuk lebih ramai muka baru ke dalam projek pasukan mereka.

Dia mahu penyokong terus memberikan sokongan kepada pasukan. Kerana kekalahan seperti ini akan menjadi sebahagian daripada proses tersebut. Itali berdepan masalah terlalu ramai kuda tua sebelum ini. Jadi, Mancini mahu melakukan sesuatu untuk meremajakan pasukan ini.

“Inilah jalannya, akan ada risiko dan ia sama sekali tidak menghapuskan proses pembangunan pasukan yang berlaku sebelum ini. Akan ada saat baik dan buruk, ia terbuka luas dan kita akan lihat apa yang berlaku pada bulan September.”

“Kami mempunyai lebih ramai pemain debutan lagi malam ini, kami mempunyai empat atau lima peluang, tetapi Jerman melakukannya dengan lebih baik.”

England turut dibelasah

Dalam satu lagi perlawanan, England meneruskan prestasi buruk mereka dengan kekalahan memalukan 4-0 di tempat sendiri kepada Hungary dalam Liga Negara-Negara UEFA.

England tidak menyangkan bahawa mereka akan melalui kempen UNL musim ini dengan sangat teruk seperti ini.

The Three Lions masih belum meraih kemenangan pertama mereka dalam pertandingan tahun ini dan ditewaskan teruk oleh Hungary buat kali kedua dalam tempoh sepuluh hari.

Ia juga merupakan kekalahan terburuk England di tempat sendiri sejak 1928. Dengan margin 4 gol.

England tewas 1-0 di Budapest pada 4 Jun yang lalu. Ianya dianggap kejutan terbesar dalam kumpulan ini. England kemudian seri berturut-turut menentang Jerman dan Itali.

Jika di Budapest dianggap upset terbesar, bagaimana pula dengan kekalahan 0-4 England di tempat sendiri di tangan pasukan Hungary sekali lagi?

Anak buah Gareth Southgate sedang mencari kemenangan pertama mereka dalam kempen di Molineux tetapi permainan berakhir dengan keputusan sangat memalukan berikutan dua jaringan daripada Roland Sallai, satu jaringan menakjubkan dari Zsolt Nagy dan satu gol lewat dari Daniel Gazdag.

Sallai menjadi nama yang sangat menonjol. Menjadi pemain Hungary pertama selepas Ferenc Puskas dan Nandor Hidegkuti pada 1953 menjaringkan 2 gol ke atas England. Ketika itu Hungary adalah generasi emas.

Di mana Hungary menjadi pasukan pertama menjaringkan lebih 4 gol ke atas England di England.

Sallai menjadi senjata ampuh Hungary untuk menewaskan England.

Hungary hanya melakukan enam percubaan dalam perlawanan ini. 5 on target dan 4 gol yang terhasil. England menguasai hampir 70% perlawanan, namun mereka tidak dapat berbuat apa apa daripada penguasaan bola sebesar itu.

Sementara itu, England turut mendapat 1 kad merah berbanding dengan lawan mereka.

Ia merupakan rehat antarabangsa yang menyedihkan untuk England dan peminat di media sosial telah menggesa Southgate dipecat serta merta.

Tetapi itu agak mustahil kerana Southgate sedang mempersiapkan pasukan England yang akan bertanding dalam aksi Piala Dunia pada akhir tahun ini.

Di tempat duduk penyokong, para penyokong di dalam stadium melaungkan “Anda tidak tahu apa yang anda lakukan” selepas Southgate membawa masuk Harry Maguire untuk menggantikan Bukayo Saka berikutan John Stones dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua yang teruk pada lewat perlawanan.

Mereka mempersoalkan pertukaran tersebut.

Finalis Euro 2020 kini telah melalui lebih enam jam tanpa menjaringkan sebarang gol gol daripada permainan terbuka. Dan mereka hanya boleh menarik nafas lega kerana memikirkan bahawa Piala Dunia akan berlangsung pada akhir tahun ini. Kalau tak memang teruk prestasi England ni.

Kekalahan malam Selasa adalah yang paling teruk selama 12 tahun dan membawa kepada ejekan dan ejekan yang kuat apabila wisel penamat didengari.

Di media sosial para peminat berterusan mengecam Gareth Southgate selepas kekalahan memalukan itu. Mereka juga mengingatkan Southgate bahawa dia memiliki pilihan yang sangat besar untuk memilih pemain dari kalangan pemain bintang yang beraksi di EPL dan liga utama eropah yang lain berbanding dengan lawan mereka.

Hungary yang sebelum ini dianggap pasukan tempat mencari mata oleh 3 lagi pasukan kuat, ternyata membuat kejutan. Selepas 4 perlawanan, mereka berada di tangga teratas dalam kumpulan maut ini.

Kumpulan ini disebut kumpulan maut bukan kerana Hungary kuat, tetapi kerana 3 lagi pasukan tersebut yang dianggap kuasa besar.

England kini berada di tangga tercorot dengan hanya mengutip 2 mata selepas 4 perlawanan. Menjaringkan hanya 1 gol dan bolos 6 kali dalam tempoh tersebut.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.