UNL: England Bungkus Awal Selepas Tewas Di Tangan Itali

Kempen UNL untuk England bagi edisi 2022 sangat mengecewakan. Di mana Three Lions tersingkir di peringkat kumpulan.

Kekalahan 0-1 di tangan Itali ddalam aksi membuatkan England terpaksa melupakan kejohanan tersebut.

Jaringan tunggal Giacomo Raspadori pada separuh masa kedua gagal dibalas oleh England. Dan akhirnya mereka terpaksa akur dengan kekalahan di tangan pasukan yang menewaskan mereka pada aksi final Euro yang lalu.

Sebagai tambahan, mereka secara tersuratnya telah disingkirkan oleh pasukan yang gagal mara ke piala dunia 2022.

Rekod England pada ketika ini sangat buruk. Ditambah dengan fakta bahawa England masih gagal menjaringkan sebarang gol daripada situasi permainan terbuka lebih 450 minit.

Menjadikannya sebagai rekod terbruk dalam sejarah England sejak 22 tahun terakhir.

Hanya ada 2 pasukan yang masih belum menjaringkan gol daripada permainan terbuka iaitu England dan juga San Marino.

Namun masa depan Southgate di England pastinya terjamin memandangkan piala dunia hanya ada beberapa bulan sahaja lagi untuk sepak mula.

Gareth Southgate menegaskan bahawa UNL kali ini adalah peluang terakhir untuk beberapa pemain membuktikan kualiti mereka bagi menembusi senarai akhir pemain yang akan ke Piala Dunia 2022 di Qatar.

Aksi terakhir bagi kumpulan A3 antara England dan Jerman adalah tidak memberikan sebarang makna. Memandangkan kedua dua pasukan sudah gagal untuk mara ke pusingan seterusnya.

Peminat England meletakkan harapan yang tinggi untuk pasukan mereka yang merupakan finalis EURO 2020.

Mereka sudah lama mengimpikan Piala Dunia dibawa pulang ke England atas alasan bahawa bola sepak moden hari ini dicipta di England. Jadi sejak 1966, bola sepak masih belum pulang ke rumahnya. Walaupun baru baru ini pasukan Wanita mereka sudah memenangi Euro tetapi pasukan lelaki adalah kayu ukuran sebenar kepada peminat mereka untuk menyempurnakan misi Football Is Coming home.

Southgate pastinya sedar akan harapan peminat England dari seluruh dunia. Memandangkan mereka memiliki liga paling mewah di dunia dan pengurus pengurus elit ramai berada di EPL.’

Sepatutnya England menggunakan kelebihan itu untuk membina pasukan lebih kuat.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan