Perancis terus berada di dasar carta kumpula A1 dalam Liga Negara Negara Eropah. Ini selepas mereka mengalami kekalahan kedua mereka selepas 4 perlawanan.
Kali ini Perancis kalah tipis 0-1 di tangan Croatia. Barisan serangan Perancis yang diketuai Karim Benzema dan Mbappe jelas sekali tumpul.
Dengan kemenangan Denmar ke atas Austia, bermakna Perancis sudah tersingkir daripada persaingan ke pusingan seterusnya, dengan ada baki 2 lagi perlawanan.
Croatia mendapat penalti awal perlawanan. Ini selepas Ibrahima Konate mengasari Budomir. Luka Modric menewaskan Mike Maignan dengan penalti yang sangat kemas pada minit ke-5.
Separuh masa pertama menyaksikan Perancis berdepan dengan situasi sukar. Mereka bermain dengan tempo yang ditetapkan Croatia.
Selepas rehat, Perancis memperbaiki [restasi mereka. Dengan Croatia memutuskan untuk bermain dengan lebih defensif dan cuba menyerang balas.
Walaupun pasukan tuan rumah menguasai sebahagian besar penguasaan bola, mereka gagal mencipta peluang gol yang diperlukan.
Perancis yang tampil dengan pasukan dianggap serba lengkap dalam pertandingan kali ini. Mereka merupakan juara dunia 2018.
Walaupun Deschamps membuat beberapa perubahan dalam kesebelasan utamanya, mereka tetap pasukan yang sarat dengan kualiti.
Malangnya, dalam minggu antarabangsa kali ini mereka gagal menampilkan aksi yang diharapkan.
19 – France in their first halves in this edition of the Nations League:
💥19 shots
🎯8 shots on target
⚽️0 goalWeak. #FRACRO pic.twitter.com/HLomwa81vI
— OptaJean (@OptaJean) June 13, 2022
Perancis melakukan 16 percubaan ke gawang lawan mereka. Sementara hanya 4 sahaja dilakukan oleh Croatia.
Perancis akhirnya mendapat peluang keemasan mereka pada minit ke-61 apabila Christopher Nkunku melorongkan bola cantik kepada Kylian Mbappe, tetapi gagal disudahkan oleh pemain sayap tersebut.
Pada minit ke-72, Perancis hampir bolos lagi. Lovro Majer melakukan percubaan dari dalam kotak penalti tetapi Mike Maignan berjaya menafikannya.
Deschamps menambah seorang lagi penyerang pada 10 minit terakhir perlawanan dengan memasukkan Antoine Griezmann. Pemain tersebut terus bergelut mencari gol.
Hasilnya Perancis terus kempunan gol dan akhirnya kalah 0-1.