Untuk West Ham Saja Harga Conor Gallagher £50 Juta Bukan £35 Juta

Chelsea sebelum ini dilaporkan sedia menjual Connor Gallagher dengan harga £35  juta.

Dengan beberapa kelab berminat dengan pemain itu.

Pemain itu antara senarai panjang pemain yang mahu dijual Chelsea pada jendela perpindahan musim ini.

Gallagher gagal menepati ekspektasi ke atasnya selepas musim luar biasa ketika di Crystal Palace sebelum ini sebagai pemain pinjaman.

Keengganan Fulham menerima bidaan £45 juta untuk Palhinhna membuatkan West Ham kini beralih kepada Conor Gallagher dari Chelsea.

Ini ditambah dengan kecederaan yang melanda Palhinha baru baru ini membuatkan West Ham beralih kepada pemain antarabangsa England itu.

Mendengar West Ham berminat mendapatkan Chelsea telah meminta kelab itu membayar £50 juta untuk Conor Gallagher.

West Ham pada awalnya menghubungi Chelsea dan mencadangkan harga £40 juta. Namun Chelsea menyatakan bahawa kelab itu harus menaikkan lagi nilai bidaan.

Peminat Chelsea malah berseloroh menyatakan bahawa, Chelsea bukan sahaja harus menerima bidaan itu namun sebaliknya harus membina banner terima kasih kepada Moyes kerana menawarkan harga yang cukup besar untuk pemain yang dianggap flop itu.

Kemudian West Ham menghantar bidaan rasmi kepada Chelsea.

Malangnya, Chelsea menolak bidaan £40 juta yang dihantar oleh West Ham. Dalam bidaan itu West Ham turut menyertakan bayaran bonus yang dianggap tidak memuaskan hati Chelsea.

Pengurusan tertinggi Chelsea sudah berbincang dengan Mauricio Pochettino dan mereka setuju bahawa pemain itu hanya akan dijual ke West Ham dengan nilai £50 juta.

Hampir separuh daripada harga Declan Rice yang West Ham dapat dari Arsenal.

Gallagher sangat mahu keluar dari Chelsea pada jendela perpindahan kali ini. Kerana dia tidak mendapat jaminan akan bermain banyak sebagai pemain utama musim akan datang.

Selain West Ham, sebuah lagi pasukan London yang berminat mendapatkan Gallagher adalah Tottenham Hotspur.

Kelab yang mungkin akan menjadi destinasi seterusnya pemain itu.

Walaubagaimanapun David Moyes masih berminat untuk mendapatkan Gallagher. Dan mungkin terpaksa menuruti permintaan harga Chelsea.