Untukmu Ainul Mardhiah Tersayang

Tribute untukmu Ainul Mardhiah Tersayang membawa kejayaan kepada Kumpulan Puteh untuk bergelar juara selepas saban tahun mencuba untuk menjadi finalis.

Maharaja Lawak Mega 2019 baru sahaja berakhir semalam dimana kumpulan puteh bergelar Juara baharu mengatasi kumpulan Zero di tempat kedua dan bocey di tempat ketiga.

Menariknya nak diceritakan tentang kumpulan Puteh ini adalah tentang kisah mereka yang dari artis yang tiada apa menjadi Juara Maharaja Lawak.

Perjalanan Mamak

Mohamad Ikhtiarudin Naina Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mamak puteh memulakan kerjaya dalam industri lawak tanah air ketika menyertai program realiti Raja lawak 6 bersama kumpulan cuit.

Kumpulan cuit gandingan Mamak,Azmir dan lee tewas kepada kumpulan Shiro pada pertandingan Raja Lawak 5.

Selepas itu Mamak tenggelam dan memasuki Maharaja Lawak bersama kumpulan Cak.

Serba tidak menjadi dengan gabungan beliau sebelom ini mamak bertemu Ali dan membentuk kumpulan puteh bagi menyertai program Projek Komedi Warna.

Gandingan mereka menjadi dan mendapat sambutan.

Mereka kemudian nya memasuki semula pertandingan Maharaja Lawak dan berjaya ke minggu akhir lalu mendapat tempat ke tiga.

Detik Pahit Di sebalik Kemanisan Kejayaan

Pada musim lalu ketika malam akhir ibu Mamak sakit tenat dan mamak membuat persembahan menghiburkan penonton ketika hatinya risau akan kesihatan ibunya.

Selesai persembahan mamak mendapat perkhabaran sedih dari kakak nya bahawa ibunya telah meninggal dunia. Mamak terus pulang ke kampung nya untuk menguruskan jenazah ibunda tercinta beliau.

Terkilan kerana kegembiraan beliau mendapat tempat ketiga ketika itu tidak dapat dikongsikan bersama ibu nya. Banyak lagi kisah sedih yang di lalui mamak ketika menjadi seorang artis.

Tiada tawaran lakonan mahu pon persembahan mamak pernah menjadi seorang dj radi.

Sedih nya mamak di berhentikan kerja sebagai dj tanpa pengatahuan nya kerana syarikat radio yang beliau bekerja itu sudah di jual dan perkhidmatan beliau tidak lagi di perlukan.

Atas segala kesedihan yang beliau lalui, musim ini Mamak bersama kumpulan puteh berjaya menjadi Juara Maharaja Lawak mega. Pengorbanan dan usaha nya membuahkan hasil yang lumayan.

Ali Puteh

Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau Ali Puteh memulakan kerjaya bersama abang nya abam bocey menyertai pertandingan Raja Lawak 6.

Selepas perjalanan dalam Raja Lawak 6 berakhir kumpulan Albob gandingan ali dan abam juga berpecah membawa haluan masing-masing.

Ali tidak mendapat tempat di dalam industri ketika itu, perjalanan beliau untuk memasuki pertandingan Raja Lawak juga sukar kerana telah gagal berkali kali sebelom terpilih menyertainya.

Ali bergabung dengan Mamak untuk menyertai program projek komedi warna. Gabungan mereka ini memang menjadi kerana mereka saling melengkapi.

Berjaya ke final dan mendapat tempat ke tiga pada musim lalu cukup menggembirakan Ali kerana bagi nya kumpulan kerdil seperti puteh mara ke final sudah kemenangan sejati buat mereka.

Mendapat tempat ketiga adalah bonus buat mereka.

Banyak sebenarnya kisah duka dan lara yang di lalui oleh Ali sepanjang karier beliau namun luka paling dalam yang beliau alami adalah apabila kehilangan anaknya baru baru ini.

Kejayaan Atas pengorbanan Beliau

Untukmu Ainul Mardhiah Tersayang!

“Saya serahkan anak saya celik,tapi mereka pulangkan anak saya kaku.”

Itulah kata Ali sedih mengenangkan puteri kesayangan nya itu tidak dapat di selamatkan.

Walau begitu Ali tetap meneruskan perjalanan kumpulan puteh dalam pertandingan maharaja lawak musim ini.

Sedih,duka lara semua beliau telan sendiri dan tetap berusaha menghiburkan penonton.

Rezeki itu sudah tertulis untuk beliau apabila kumpulan puteh bergelar juara musim ini. Kejuaraan itu beliau dedikasi kan untuk puterinya Ainul Mardihah.

Man Raja Lawak

Abdul Rahman Kasim atau man raja lawak adalah seorang bekas Juara Raja Lawak musim ke lima. Man memulakan langkah dalam industri lawak sebagai juara.

Selepas berjaya menjadi juara man di panggil menyertai Program maharaja lawak pertama sebagai peserta solo.

Sukar untuk bersaing dengan nama besar di dalam industri ketika itu Man sekadar tersingkir awal.

Bergabung dengan pelbagai kumpulan untuk terus berada di dalam industri membuat man sebagai seorang yang boleh di kagumi. Orang selayang memang semangat begitu.

Man pernah bergabung bersama kumpulan samurai gandingan beliau, acong dan aren. Namun gandingan mereka serba tidak menjadi man kemudian nya mencuba bersama ramai lagi artis namun semuanya tidak kena.

Musim lalu man masuk semula pentas maharaja lawak bersama taukeh membentuk kumpulan Taman.

Pertama kali dalam sejarah hidup nya beliau berjaya beraksi hingga ke pentas akhir maharaja lawak walau sekadar mendapat tempat ke lima.

Akhirnya Beliau Kembali Menjadi Juara

Pelbagai kritikan dan tomahan yang beliau terima namun ia nya tidak sedikit pon melemah kan semangat Man. Man bergabung dengan kumpulan puteh untuk beraksi dalam pentas maharaja lawak 2019.

Kedatangan beliau di terima baik oleh Ali dan Mamak. Walau ada yang menganggap Man akan gagal lagi kali ini man tetap tidak mempedulikan itu semua.

Buktinya tahun ini kumpulan puteh yang pertama kali nya beraksi bertiga berjaya ke final dan bergelar Juara Maharaja Lawak 2019.

Ketika Dato Ac Mizal mengumumkan Puteh sebagai Juara Maharaja Lawak musim ini man jelas tidak dapat mengawal emosi nya. Beliau menangis kegembiraan merayakan kejayaan puteh sebagai juara.

“Never Give Up On Your Dream”

Itu lah ungkapan yang mereka pegang dan hasil nya Juara. Siapa sangka Kumpulan puteh yang sebelom ini sekadar kumpulan picisan kini Juara. Segalanya boleh berlaku kalau kita berusaha.

Tahniah kepada kumpulan puteh dan semoga mereka terus maju jaya bersama.

Baca yang lain