Manchester United dilaporkan mulai menarik brek dalam rundingan melibatkan Jadon Sancho ke Borussia Dortmund.
Ini selepas kelab Jerman itu dikatakan terlalu kedekut menawarkan pakej lebih besar.
United sudah setuju untuk membayar sebahagian daripada gaji Sancho. Namun Dortmund hanya menawarkan €3.5 juta bayaran yang merupakan yuran perpindahan untuk pinjaman dan bayaran gaji Sancho.
Tawaran itu tidak menggembirakan Man United kerana ia akan memberikan kerugian sangat besar kepada United. Man United menganggap tawaran semasa ini seolah olah menunjukkan bahawa mereka adalah pihak yang loser!
United kecewa dengan Dortmund yang dianggap cuba sedaya upaya untuk menimumkan kos mendapatkan Sancho.
Wakil Sky Jerman, Patrick Berger yang melaporkan: “Masih tiada kesepakatan dicapai.”
Berger mengesahkan dia mendapatkan sendiri maklumat itu daripada orang alam BvB yang ketika ini berada di kem latihan di Marbella.
Pengarah Sukan, Sebastian Kehl masih kekal berhubung dengan Man United tentang perkara itu.
🚨💣| Manchester United are currently still hesitant to finalize the loan deal of Jadon Sancho to Dortmund as the reported financial package of €3.5 million "makes them look like losers". [Sky Germany] pic.twitter.com/59Izi3QVIn
— Football Talk (@FootballTalkHQ) January 6, 2024
Berger dalam laporannya menambah: “Rundingan ini memang masih tak dimeterai atas alasan muda: ‘Sancho berpindah ke United dengan nilai €85 juta. United percaya pemain itu masih bernilai sekitar €40-45 juta musim panas ini.
“Pakej beli tetap harus di antara €40 juta ke €50 juta. Jumlah ini jelas di luar kemampuan Dortmund. Red Devils pula enggan melepaskan Sancho dengan nilai kurang daripada itu.
“Mereka secara asasnya bersetuju dengan syarat utama €3.5 juta, itu pakej keseluruhan.
Berger menambah, Man United mulai mendapat kritikan daripada beberapa ahli lembaga pengarah kelab, kerana melepaskan pemain itu dengan nilai itu dianggap satu kerugian dan penginaan kepada United yang sudah setuju membantu Dortmund membayar gaji pemain itu.
United kemudian dilaporkan membuang klausa beli tetap dalam kontrak Sancho kerana mereka yakin pemain itu masih berkelas dunia dan mungkin nilainya melonjak sekali lagi daripada penilaian semasa mereka.
🟡⚫️ Manchester United don't want to include any buy option into Jadon Sancho loan deal to BVB as situation will be assessed again in the summer.
Man United (& INEOS) are against cheap buy option a as Jadon's current value is not high.
Sancho's future will be decided in June. pic.twitter.com/PhnlC5kiDD
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 6, 2024
Sky Jerman menambah, Dortmund ketika ini sedaya upaya mahu memastikan rundingan ini dapat dimeterai kerana ianya boleh menjatuhkan imej mereka.
Patrick Berger percaya bahawa rundingan ini masih lagi berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah. Dia menganggap ianya kini berada di paras 70% dan boleh menuju 100% jika Dortmund meningkatkan lagi bayaran mereka.
Man United sudah menyatakan bahawa mereka tidak terdesak untuk melepaskan pemain itu. Mereka lebih rela melihat Sancho terus duduk sahaja di bangku simpanan makan gaji buta jika tawaran yang mereka terima tidak memuaskan hati.
Berger menambah: “United tak kisah sangat, sama ada rundingan ini berlangsung seminggu atau 10 hari. Namun Borussia Dortmund jelas perlukan bantuan segera di sini. Aksi menentang Darmstadt pada 13 Januari, adalah perlawanan yang mereka mahu menurunkan Sancho sekali lagi.”