Usaha Barcelona Dan Juve Mahu Raih €2 Juta Gagal Kerana Konsert Taylor Swift

Penjadualan semula aksi persahabatan antara Juventus dan Barcelona ke tarikh 28 atau 29 Julai ini di Stadium Levi’s adalah mustahil kerana stadium itu sudah ditempah untuk konsert Taylor Swift.

Perlawanan persahabatan antara Juventus dan Barcelona, ​​yang sepatutnya diadakan pada semalam. Namun terpaksa dibatalkan apabila ramai pemain Barcelona dilaporkan diserang gejala gastroenteritis.

Ia telah membuatkan kedua dua pasukan sepakat untuk tidak meneruskan perlawanan itu.

Barcelona dalam kenyataan rasmi kelab itu berkata: “FC Barcelona dengan ini memaklumkan bahawa perlawanan menentang Juventus yang dijadualkan pada hari ini, 22 Julai, pada 7:30 petang di Stadium Levi;s, sebahagian daripada Jelajah Juara Soccer, telah dibatalkan.”

“Ada beberapa pemain Blaugrana yang mengalami jangkitan gastroenteritis.”

Juventus meneruskan sesi latihan mereka seperti biasa di dalam stadium tertutup.

Bintang bintang mereka seperti Paul Pogba dilihat kekal bersemangat dengan sesi latihan tersebut.

Barcelona selepas ini akan bertemu dengan Arsenal dalam aksi pra musim di Los Angeles pada 26 Julai. Dan cuba untuk menjadualkan semula aksi ke tarikh 28 Julai.

Hal ini kerana aksi antara Barcelona dan Juventus masih boleh membantu mereka meraih pendapatan sekitar €2 juta, selepas ianya dikurangkan berbanding kutipan jika perlawanan berlangsung pada jadual asal.

Malangnya, halangan utama mereka adalah konsert Taylor Swift yang berlangsung di venue Staidum Levi’s.

Juve dan Barca merasakan tarikh 28 atau 29 Julai adalah yang paling sesuai untuk penjadualan semula aksi persahabatan mereka. Malangnya, itu tidak boleh berlaku.

Taylor Swift sudah menempah stadium tersebut untuk 2 malam persembahannya pada 28 dan 29 Julai ini.

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid