Liverpool sebelum ini membida £110 juta keseluruhan untuk Moises Caicedo. Dan pemain itu dibenarkan bercakap dengan Liverpool serta meneruskan proses seterusnya iaitu medikal.
Malangnya pemain itu tetap dengan pilihannya sebelum iin iaitu Chelsea. Caicedo sebelum ini sudah mendesak kelab menjualnya ke Chelsea.
Chelsea sudah lama berunding dengan Brighton untuk mendapatkan Caicedo namun kelab The Blues masih ragu ragu untuk membayar £100 juta untuk pemain itu.
Ketika Liverpool menghantar bidaan lebih £100 juta, Chelsea dilaporkan agak kepanasan dan sedia untuk menewaskan Liverpool untuk mendapatkan Caicedo.
Caicedo enggan pergi ke Liverpool untuk mengadakan medikal dengan kelab itu. Dan dia sudah memberitahu Liverpool bahawa dia cuma mahu berpindah ke Chelsea.
EXCLUSIVE: Moisés Caicedo has just informed Liverpool that he only wants to join Chelsea! 🚨🔵🇪🇨 #CFC
Caicedo has decided to keep his word and only accept Chelsea as personal terms were agreed since end of May.
Chelsea, set to bid again in order to get deal done with Brighton. pic.twitter.com/HI3geVVq9Z
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 11, 2023
Di mana dia sudah mempersetujui syarat peribadi dengan Chelsea sejak Mei lalu lagi.
Musim lalu lagi Chelsea pernah cuba memancing Caicedo namun dia tidak dapat berpindah kerana kelab enggan kehilangannya dengan nilai di bawah £80 juta.
Brighton memujuknya untuk melanjutkan kontrak dan berjanji akan menjualnya ke kelab besar apabila ada tawaran.
Caicedo menuntut janji Brighton dengan menyatakan dia mahu ke Chelsea. Dia kecewa dengan tanda harga diletakkan kelab itu yang dianggap terlalu tinggi.
Liverpool kemudian datang cuba memintas rundingan itu. Dan Brighton sudah setuju dengan harga ditawarkan Liverpool.
Malang sekali dari pihak pemain, Caicedo tak hingin menyertai Liverpool.
Saga perpindahan ini dianggap sangat gila oleh Fabrizio Romano.
Kedua dua kelab terdesak mahukan pemain tengah yang muda dan bertenaga selepas melepaskan beberapa pemain tengah masing masing pada awal jendela perpindahan.