Valbuena Kecewa Deschamps Tak Hubungi Dia Selepas Pilih Benzema

Benzema sah kembali semula ke dalam pasukan kebangsaan Perancis selepas bertahun tahun dibekukan namanya kerana skandal pemerasan rakan baik sendiri – Valbuena,

Kehadiran Benzema disambut gembira peminat Perancis di mana jualan jersi Perancis meningkat naik dengan mendadak.

Bekas pemai  Lyon itu pernah didakwa kerana kesalahan video lucah dan juga memeras ugut rakan sepasukannya. Sebelum ini Benzema pernah menyatakan dia sudah berputus asa untuk mengharapkan namanya dipanggil semula, namun sentiasa menyimpan hasrat tersebut.

RMC meminta pandangan Valbuena tentang panggilan kebangsaan melibatkan Benzema. Dan pemain itu menyatakan dia tidak ada masalah kerana percaya jurulatih Perancis sudah memilih pemain yang dirasakan tepat.

“Jika Benzema dapat memberikan impak lebih besar kepada pasukan Perancis, itu cukup bagus untuk dia. Namun itu akan diketahui ketika dia beraksi kelak.”

“Itu pilihan coach. Bagi saya, Didier Deschamps adalah pemenang di sini, alam apa jua keadaan. Jika pasukan Perancis ini berjaya beraksi cemerlang, kita akan cakap dia mampu menyerasikan diri dengan baik dan jika pasukan ini gagal, kita tak boleh salahkan dia.”

“Dia tahu apa yang diperlukan untuk memilih pemain. Didier sangat bijak tentangnya.”

Valbuena kemudian menunjukkan kekecewaannya tentang kekurangan komunikasi antara Deschamps dengan beliau ketika pengurus itu memilih untuk memanggil semula Benzema.

Tetapi Valbuena menyatakan dalam perkara ini, Deschamps sentiasa menjadi pemenang.

“Adakah dia ada call saya untuk memberitahu bahawa dia memutuskan untuk memanggil Benzema? Tidak! Saya tidak meminta sesuatu seperti itu pun dari Didier ataupun sesiapa sahaja.”

“Hari ini saya membina hidup saya dan berseronok atas padang. Saya tak ada komen lagi tentang perkara itu.”

Valbuena jelas sekali tidak ada masalah dengan panggilan untuk Benzema, namun beliau agak terkilan kerana namanya terus disisihkan. Kerana dalam beberapa tahun ini ada beberapa pemain yang kurang minit perlawanan di kelab masih dipanggil bermain.

“Pada 2016, Didier menghubungi saya bahawa saya tidak dibawa ke Euro 2016 atas alasan kesukanan semata mata, saya sentiasa bersedia untuk disisihkan atas faktor kesukanan.”

“Pasukan Perancis ini ada sesuatu sangat istimewa. Dan mereka sangat menerima saya. Apabila kamu pernah mewakili negara kamu, amat sukar menerima keputusan seperti itu.”

“Apabila kamu melihat pemain pemain pada hari ini yang dipanggil dan mereka bermain sangat sedikit minit di kelab. Kamu harus memberitahu ada peraturan berbeza untuk setiap pemain.”

“Jangan kata ianya atas alasan kesukanan. Itu yang menyakitkan saya dan membuatkan saya kecewa. Namun kita harus melupakannya untuk perkara lain.”

Baca yang lain