Valdes Dedahkan Pertemuannya Dengan Guardiola Yang Mencetuskan Tiki Taka Dan Mengubah Sejarah Barca Selamanya

Victor Van Valdes mendedahkan bahawa dia benar benar keliru dengan taktikal binaan serangan daripada bawah oleh Pep Guardiola.

Guardiola mahukan satu sistem di mana penjaga gol akan memulakan hantaran serangan dengan hantaran pendek dengan pertahanan. Guardiola tidak gemar dengan sepakan gol yang dilambung jauh.

Valdes mendedahkan dia adalah orang pertama yang Guardiola jumpa ketika mengambil alih jawatan pengurus di Barcelona. Berbanding pengurus lain yang akan mencari pemain playmaker atau penyerang bintang untuk memberitahu falsafah permainan yang akan mereka mainkan.

Pertemuan itu membawa kepada pembinaan taktikal yang disebut tiki taka. Taktikal yang Guardiola bangunkan berasaskan DNA Total Football namun lebih ‘advance’.

Satu tatkikal binaan serangan dari belakang yang berasaskan permainan bola rendah dan setiap pemain harus terlibat dalam pembinaan tersebut.

Berbeza dengan sistem klasik di mana pemain pertahanan tidak banyak terlibat dalam binaan serangan dan tidak ditekankan dengan kualiti hantaran atau ball playing.

Valdes berkongsi pertemuan bersejarah yang mengubah sejarah Barcelona buat selamanya. Di mana taktikal ini menjadi asas kepada kejayaan Barca yang gemilang di bawah era Pep Guardiola termasuk memenangi 6 piala dalam setahun.

Valdes berkata: “Saya ingat lagi, perbualan pertama saya dengan Guardiola ketika dia mengambil alih jawatan pengurus Barcelona, ketika itu kami berada di dalam pejabatnya di Nou Camp.

“Dia ada papan taktikal dengan 2 magnet kecil. Satu di dalam kotak penalti satu lagi di luar kotak penalti.

“Dia bertanya: ‘Kamu tahu siapakah 2 pemai ini?’ — saya jawab tak tau.

“Guardiola berkata: ‘Mereka ini adalah bek tengah kamu’. Masa tu memang saya tak dapat tangkap langsung apa benda dia sedang cakap, seperti sedang cakap Cina.

“Dia kemudian memberitahu: ‘Setiap kali kamu mendapat bola, di sini adalah tempat saya mahu mereka [dua bek tengah] ini berada’. Dan saya fikir, ini benda gila.

“Coach menambah:’Kamu akan hantar bola kepada mereka. Dan dari sinilah kita akan membangunkan serangan’. — Masih lagi saya fikir bahawa orang ini adalah benar benar dah gila.

“Saya pun seorang yang gila, jadi kami berdua sekepala. Saya beritahu dia, kalau nak main macam ini, pemain bek tengah haruslah berani dan sentiasa mahukan bola.

“Pep berkata: ‘Itu kamu jangan risau, itu tugas saya. Saya yang akan pastikan mereka ‘mahukan’ bola.’

“Jadi, begitulah semuanya bermula.”

Valdes menjadi anggota penting dalam skuad tiki taka Guardiola. Kefahamannya tentang taktikal dan kemampuannya untuk bermain sebagai ball playing keeper menjadi asas penting dalam pembinaan taktikal tersebut.

Dia seringkali dianggap penjaga gol terbaik yang pernah diuruskan Guardiola dari segi kepentingannya kepada pembinaan falsafah permainan.