Valencia 2 Barca 0: Maxi Gomez Miss Penalti, Jadi Punca Own Goal Alba Dan Penjaring Gol Kedua

Maxi Gomez menjadi perhatian dalam aksi melibatkan Valencia dan Barcelona. Boleh dikatakan dia adalah ‘center of everything’.

Maxi Gomez gagal menyempurnakan penalti pada awal perlawanan, namun menjadi penjaring gol kedua yang syahdu dan lawa sekali.

Valencia menang 2-0 dan memberikan kekalahan pertama buat pengendali baharu Barcelona, Quique Setien yang dilantik menggantikan Ernesto Valverde beberapa minggu lalu.

Valencia turun dalam aksi ini, dengan rekod yang agak buruk. Mereka memang cuma sekali dalam 10 perlawanan terakhir berhapdaan Barca.

Kemenangan itu adalah loteri pada aksi final Copa Del Rey.

Sementara itu kemenangan terakhir mereka di Mestalla berhadapan Barca adalah pada Februari 2007. Jelas ini bukan aksi yang digeruni Barcelona.

Namun skrip kali ini berbeza. Barcelona sukar dalam aksi ini. Valencia sangat bertenaga.

Barcelona berhadapan dengan masalah awal apabila mereka memberikan penalti. Pique mengasari Gaya di dalam kotak penalti, yang membuatkan pengadil tiada pilihan.

Namun sayang sekali Maxi Gomez gagal menyempurnakannya. Ter Stegen dengan tenang menyelamatkan penalti itu yang dihalakan agak tinggi.

Selepas gagal menjaringkan gol menerusi penalti pada separuh masa pertama, Maxi Gomez menjadi punca kepada gol sendiri Jordi Alba. Rembatan deras beliau terbias pada Alba. Valencia mendahului awal separuh masa kedua.

Barcelona bergelut dengan serangan balas daripada Valencia. Mereka sekali lagi berdepan kesulitan di final third walaupun dengan penguasaan tinggi.

Mereka berhadapan masalah yang sama ketika berhadapan Granada dan Ibiza.

Ketika Barcelona sedang rancak untuk mencari gol penyamaan, Maxi Gomez menjaringkan gol kedua peribadinya ketika perlawanan berbaki tiga belas minit lagi.

Ianya berpunca daripada satu serangan balas dari sebelah kanan. Gomez menerima bola di sebelah kiri dan mengencangkan nya ke arah penjuru kiri Ter Stegen.

Beliau diberikan ruang terlalu selesa.

Hampir sahaja Valencia menjadikan kedudukan 3-0, namun gol ketiga mereka dibatalkan selepas semakan VAR dan pengadil menyuruh sepakan penjuru diambil semula.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan berharga buat Valencia di hadapan penyokong mereka sendiri.

Sekarang ini masih meletakkan Barcelona di tangga teratas La Liga namun pesaing utama mereka iaitu Real Madrid masih ada satu perlawanan di dalam tangan.

Barcelona dan Real Madrid masa berkongsi mata ketika ini.

Valencia mula melonjak ke tangga ke-5 dalam carta La Liga.

Ini adalah kekalahan keempat Barcelona dalam La Liga pada musim ini.

Baca yang lain