Valencia sudah mengeluarkan garis panduan kepada semua penyokong mereka menjelang musim baharu.
Di mana penyokong tidak digalakkan untuk membawa kuaci, ke dalam stadium kerana ianya telah mendedahkan stadium kepada masalah tikus yang kronik.
Lebih menarik, Valencia turut tidak menolak untuk mempertimbangkan langkah lebih drastik iaitu mengaramkan terus kuaci di dalam stadium.
Penyokong di La Liga antara yang menjadikan budaya makan kuaci dalam stadium sebagai salah satu cara mereka menyaksikan bola sepak.
Di Valencia, masalah itu mulai menjadi perkara yang dipandang serius selepas mesyuarat di antara lembaga pengarah kelab baru baru ini.
Menurut Marca, Stadium Mestalla menanggung kos yang besar setiap tahun untuk mengupah pakar kawalan serangga dan haiwan perosak terutama tikus.
Dan ianya melibatkan isu kesihatan juga apabila terlalu banyak tikus di dalam stadium.
Salah satu sebabnya adalah, sikap penyokong yang suka membawa jajan ke stadium terutama kuaci dan membuang kulitnya merata rata.
Buat masa ini pengurusan stadium Mestalla dan Valencia masih tidak mengenakan larangan kepada kuaci untuk dibawa masuk ke dalam stadium.
Namun mereka tidak menolak kemungkinan akan terpaksa menghentikan penjualan kuaci di stadium jika keadaan terus memburuk.
Mungkin Valencia harus mendidik penyokong mereka menjadi seperti penyokong Jepun agar membersihkan tempat duduk mereka sebersihnya selepas menyaksikan perlawanan.
Valencia ask fans to stop eating pipas (sunflower seeds, ubiquitous at Spanish football grounds) at Mestalla – or at least to clean up after themselves – because they're attracting rats. The game's gone. https://t.co/GTcOjWMgs4
— The Spanish Football Podcast (@tsf_podcast) July 31, 2023