Nama Valentina Acosta Giraldo mulai menjadi perhatian umum ketika menyertai pertandingan memanag World Archery Youth Championships 2019 di Madrid – acara B-21.
Wajahnya yang comel dan senyuman menawan telah membuatkan Valentina menjadi ikutan ramai. Paling menarik, Valentina memenangi kejohanan B-21 di Madrid.
Dan menajdi pemanah Colombia pertama memenangi emas dalam mana mana kejohanan dunia.
Namun sebenarnya, Valentina hampir berhenti daripada sukan memanah kerana fokus kepada pelajarannya.
Valentina Acosta Giraldo lahir pada tahun 2000. Dan kini berusia 21 tahun. Dia lahir di Colombia dari keluarga yang baik dan juga menyokong cita citanya.
Sokongan daripada ibu bapanya telah membantu Valentina dalam kariernya sehingga ke Olimpik.
Valentina pernah berkongsi bahawa ibu bapanya memberikan kebebasan untuknya melakukan apa sahaja yang membuatkannya gembira.
Jurulatihnya menggelar Valentina sebagai cepat matang daripada usianya, seorang yang cepat menyesuaikan diri dengan dunia sukan profesional.
Sebelum bergeluar juara dunia muda, dua tahun sebelum itu dia berdepan dengan doleman. Mahu memilih sama ada karier atau pelajaran.
Valentina seorang yang serius dalam apa jua yang dia lakukan. Pada usianya 17 tahun, dia perlu memilih haluan hidupnya. Akhirnya dia menyatakan bahawa, sukan memanah memberikannya kegembiraan setiap kali memegang panah tersebut.
Dia kemudian menjadi atlet kebangsaan dan mewakili negaranya. Pencapaian terbaiknya setakat ini adalah menjadi juara dunia dalam kejohanan belia di Madrid.
Bukan sahaja menjadi atlet Colombia pertama yang menenangi kejohanan dunia acara memanah, Valentina malah menjadi atlet latin pertama melakukannya.
Menurut Valentina, banyak kerja keras diperlukan untuk menjadi juara dunia. Dan beliau tidak menoleh ke belakang lagi dalam sukan ini.
Valentina menjelaskan, setiap pagi dia akan bangun sebelum pukul 8. Terus ke pusat latihan. Melakukan latihan intensif selama 4 jam setiap hari.
Latihannya adalah dua hari sekali. Itu yang dia lakukan sebelum ke Madrid. Akhirnya, dia mendapat habuan daripada dedikasi dan semangatnya.
Kini Valentina berada di perkampungan Olimpik. Impian yang menjadi kenyataan. Inilah sasaran utamanya sebelum ini terutama sekali ketika di Madrid.
Beliau akan beraksi di Tokyo 2020.
Jika Alica Schmidt dianggap atlet paling seksi, Valentina pula digelar atlet paling comel kali ini.
Selamat maju jaya buat Valentina.