Valverde Sindir Peminat Barca Yang Seringkali Mengagungkan DNA Barcelona

Bekas pengurus Barcelona, Ernesto Valverde ​​​​menganggap bahawa dia tidak tahu apa itu “DNA Cruyffista” dan, baginya, DNA Barcelona yang seringkali dilaungkan peminat Barca agak kelakar.

DNA Barcelona seringkali dikaitkan dengan Cruyffista, dengan permainan cantik total football. Di mana era Pep Guardiola wujud tiki taka yang turut diasaskan daripada evolusi total football.

Dalam temu bual dengan ‘Relevo’ sebelum perlawanan derby Basque yang akan datang bertempat di Reale Arena, pengurus Athletic Bilbao itu mengimbau kembali masa beliau ketika bergelar sebagai pemain di Camp No.

Dan dia menyatakan pendirian tegasnya tentang DNA Barcelona yang seringkali disebut sebut dan dikaitkan dengan Johan Cruyff kini sudah disalah erti dan digunakan dengan cara yang kucar kacir oleh peminat atau sesiapa sahaja yang berkaitan dengan Barcelona.

Ada pihak menggunakan DNA Barcelona untuk membezakan orang yang mereka suka dan tak suka. Misalnya pemain yang bagus, akan dianggap ada DNA Barcelona. Seterusnya pemain yang kurang bagus dianggap tidak mempunyai DNA Barcelona.

“Adakah saya mempunyai DNA Barcelona? Saya rasa, di situlah saya dibesarkan. Mereka mendakwa bahawa saya adalah seorang Cruyffista sebanyak 500 kali dan saya rasa saya mempunyai sesuatu padad awalnya.”

Valverde kemudian menjadi subjek kecaman peminat dan tiba tiba dianggap tiada DNA Barcelona dalam dirinya.

Kempen Valverde Out sampai ke tanah Arab

Valverde menjelaskan ketika dia bermain untuk Barcelona, mereka juga bermain bola lambung.

“Tetapi saya juga memberitahu kamu semua bahawa dengan Cruyff kami menghantar bola kepada Alexanko dengan bola lambung apabila kami ketinggalan.”

“Tetapi perkara DNA itu agak serabut. Apabila pemain yang bagus bermain, mereka berkata: ‘Yang itu mempunyai DNA Barcelona.’ Apabila ada pemain yang buruk: ‘Yang itu tidak mempunyai DNA.’ Sudah tentu “, tegas Valverde.

Dalam temu bual yang sama, Valverde turut menjelaskan bagaimana dia menguruskan bilik persalinan yang turut ada Leo Messi. Dia telah memberi jaminan bahawa tidaklah begitu rumit untuk menjadi pengurus pemain itu.

Valverde berkata: “Dengan mengambil kira siapa dia dan statusnya, sebenarnya ianya tak susah pun untuk menguruskannya. Dia seorang pemain yang anda tahu akan memberikan anda segala-galanya di atas padang.”

“Pemain perlu melihat bahawa anda boleh membantu mereka menang. Pemain bola sepak seperti Messi, ‘beast’ yang kompetitif, mempunyai tanggungjawab tertentu, mereka telah memikul pasukan di belakang mereka dan menyelesaikan masalah untuk masa yang lama. Mereka mempunyai status dan anda perlu mendapatkan hasilnya sedikit demi sedikit,” katanya.

Komen Valverde yang dianggap memperlekehkan DNA Barcelona itu sudah tentunya tidak diterima baik oleh peminat Barca.