Van Basten: “Untuk Hantaran ‘No Look’ Messi Ini, Marilah Sama Sama Kita Bagi Tepukan”

Legenda Belanda, Marco Van Basten mengenepikan sentimen perseteruan dan mengajak peminat-peminat Belanda untuk memberi tepukan kepada hantaran genius Lionel Messi.

Gerakan dan hantaran Messi kepada Nahuel Molina untuk gol pertama Argentina dalam aksi berdepan Belanda semalam, adalah sangat memukau.

Di mana pemain yang memiliki 7 Ballon d’Or itu hanya menggunakan naluri dan visinya untuk menghantar kepada pemain yang sedang bergerak tanpa bola.

Messi malah sempat menutmeg seorang pemain Belanda ketika melepaskan hantaran itu. Ianya disambut kemas rakannya yang kemudian menjaringkan gol pembukaan.

Lantas Marco Van Basten yang bertindak menjadi pakar pengulas di sebuah stesen di Belanda telah meminta hadirin yang hadir di situ memberikan tepukan kepada hantaran Messi itu. Dia hilang kata kata untuk menggambarkan estetika hantaran tersebut.

Ramai peminat bola sepak turut memuji hantaran itu di media sosial.

Argentina menang menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2 sepanjang 120 minit aksi yang agak panas.

Lionel Messi terus menjadi pemain penting dalam kempen Piala Dunia 2022 bersama Argentina.

Walaupun sebelum ini ramai yang berpendapat bahawa Piala Dunia 2014 dan 2018 adalah peak terakhir Messi, namun dia membuktikan bahawa dia masih lagi antara pemain elit di dunia. Dan dia masih menunjukkan aksi terbaik pada edisi 2022 pada usianya 35 tahun.

Messi tidak tersenarai dalam 30 akhir untuk Ballon d’Or musim ini. Namun dengan prestasi semasanya bersama kelab dan negara sudah pastinya dia akan kembali berada dalam senarai tersebut, dan kemungkinan besar berada di kedudukan lebih tinggi, malah tidak mustahil memenanginya.

Dalam aksi Argentina menentang Belanda, Messi menjaringkan satu gol dan mencipta satu assist. Dia menamatkan badi tidak menjaringkan gol di peringkat kalah mati Piala Dunia pada aksi 16 akhir yang lalu.

Dan kini dia meneruskan ketajaman di hadapan gol dengan meledak sekali lagi di peringkat suku akhir.

Messi kini berada di dalam senarai antara pemain terbaik dalam Piala Dunia 2022 kali ini.

Misinya adalah untuk menamatkan kemarau kejuaraan Piala Dunia untuk Argentina. Di mana kali terakhir negara itu menjuarai piala dunia adalah pada 1986.

Argentina sudah memiliki 2 Piala Dunia di dalam sejarah mereka. Pemain seperti Messi sudah memenangi segala nya di peringkat kelab. Dan sebelum ini sudah menjuarai piala serantau bersama Argentina ketika memenangi Copa America.

Jika berjaya menamatkan kemarau kejuaraan Piala Dunia, Messi pasti akan memahatkan lagi statusnya sebagai GOAT.

Argentina akan berhadapan dengan finalis Piala Dunia 2018, Croatia di peringkat separuh akhir.

Baca yang lain