Bintang Belanda, Donny Van De Beek menjadi pemain yang terus dibekukan oleh Ole Gunnar Solskjaer sejak dibeli.
Van De Beek hanya beraksi beberapa perlawanan sejak menyertai Man United dari Ajax. Walaupun sebelum itu hadir sebagai calon Ballon d’Or.
Beberapa bulan lalu, Van De Beek menunjukkan kemarahannya ketika Ole memutuskan untuk memasukkan Fred dan bukan dia.
Ketika itu Van De Beek mengamuk di bangku simpanan dan ditenangkan oleh rakan rakannya.
Pemain antarabangsa Belanda itu berterusan sukar mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama ataupun sebagai pemain gantian sejak menyertai Man United dari Ajax.
Di mana Man United membelanjakan £35 juta untuk membeli pemain tersebut dengan kontrak 5 tahun.
Sejak menyertai Man United, Van De Beek hanya menjadi kesebelasan utama sebanyak 4 kali sahaja. Musim ini beliau hanya bermain 1 aksi liga iaitu sebagai pemain gantian dalam aksi berdepan Newcastle.
Di mana dalam 15 minit akhir perlawanan masa itu, Van De Beek sangat cemerlang. Selepas aksi cemerlang tersebut, Ole menyatakan bahawa beliau sedia memberikan Van De Beek lebih minit perlawanan.
Ole ketika itu berkata: “Donny [van de Beek] merasai minit pertama dengan adanya penyokong, bagaimana rasanya menjadi pemain United. Dia pemain yang terus bekerja keras, seorang yang sangat profesional. Insan terpuji dan dia akan mendapat lebih banyak minit selepas ini.”
Walaupun Van De Beek bermain dalam aksi berdepan West Ham dan Young Boys, pemain itu masih kecewa dengan peluang yang terlalu terhad.
Penyokong Man united merakamkan detik di mana Van De Beek melepaskan kekecewaannya ketika aksi bertemu Villarreal.
Van De Beek pada awalnya diminta memanaskan badan. Namun Ole memutuskan untuk menggunakan Fred berbanding dengan Van De Beek. Fred dimasukkan bersama sama dengan Jesse Lingard.
Van De Beek kemudian membuka bibnya dengan keadaan sangat sugul dan membaling gula gula getah sambil menunjukkan kekecewaannya.
Di bangku simpanan Van De Beek sangat marah dan terpaksa ditenangkan oleh rakan rakannya.
Tidak lama selepas Ole membuat pertukaran itu, Fred dan Lingard terlibat langsung dalam gol kemenangan Cristiano Ronaldo pada masa kecederaan.
Saksikan detik Van De Beek kecewa di sini:
💔
— United Zone (@ManUnitedZone_) September 30, 2021
Ramai peminat Man United simpati dengan nasib Van De Beek. Dan mereka menerima kalau pemain itu pergi pada Januari ini ke kelab lain. Kerana ternyata di Man United Ole Gunnar Solskjaer tidak ada tanda tanda akan menjadikannya pemain penting dalam kesebelasan utama.
Selepas insiden itu Ole menyindir Van De Beek agar pemain itu menerima sahaja keputusan pengurus yang lebih tahu apa mereka lakukan.
Sambil menyatakan bahawa dia sendiri [Ole] pun banyak berada di bangku simpanan dahulu ketika kariernya.
Dan kini Van De Beek sudah sedia meminta kelab untuk menjualnya pada Januari ini jika Ole Gunnar Solskjaer kekal sebagai pengurus.
Van De Beek sudah diberikan amaran oleh Louis Van Gaal bahawa tidak ada jaminan pemain itu akan beraksi dalam skuad utama Belanda jika terus kekurangan minit di Man United.
Van De Beek mahu menjadi pemain utama Belanda dalam Piala Dunia 2022.