Edwin Van Der Sar akhirnya membuka mulut tentang banyak cakap cakap yang menuduh dia sebagai antara punca kejatuhan Ajax.
Pengarah Sukan Ajax itu dianggap telah menipu Alfred Schreuder sebelum ini. Van Der Sar yang sudah berjanji dengan Schreuder bahawa kelab tidak akan menjual mana mana pemain terutama sekali ke Manchester United, yang baru melantik Erik Ten Hag pada masa itu.
Oleh sebab itu Schreuder berpuas hati dengan skuad yang ada dan sedia menghadapi musim dengan beberapa pemain utama yang ada.
Schreuder malah dengan yakin menyatakan bahawa Antony tak akan ke United sambil memperli: “Buat apa pemain nak tukarkan bermain di UCL dengan bermain di Europa League.”
Malangnya, Van Der Sar telah terlibat dalam rundingan dengan Man United dan menjual 2 pemain ke Manchester United iaitu Lisandro Martinez dan Antony.
Antony kemudian terus mendesak perpindahan ke United terutama sekali selepas Martinez menyertai Erik Ten Hag di sana.
Membuatkan kelab sukar mencari pengganti dua nama tersebut.
Dan akhirnya dia turut dijual ke sana. Ajax kemudian bergelut dengan prestasi. Schreuder akhirnya dipecat.
Ada beberapa pihak mulai menuduh Van der Sar harus bertanggungjawab di atas apa berlaku.
Dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini, Man United kerap mendapatkan pemain pemain Ajax. Dengan Van Der Sar dianggap pemudah cara rundingan tersebut.
Namun Van der Sar mempertahankan tindakannya. Dengan menegaskan bahawa, adalah sukar untuk mengekalkan pemain yang mahu menyertai bekas pengurus mereka di kelab seperti Manchester United.
Van der Sar berkata: “Apabila bekas pengurus kamu meminta kamu datang ke Manchester United, sangat sukar untuk memujuk pemain pemain ini kekal.”
Itulah alasan Van der Sar yang secara tak langsung mendedahkan bahawa Erik Ten Hag sebenarnya yang meminta daripada pemain itu sendiri untuk datang menyertainya di Old Trafford.
• Regarding the promises made to Schreuder about keeping players.
Van der Sar: "When your old manager asks you to come to Manchester United, it's very hard to keep him." pic.twitter.com/eMPb8Fa6og
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) February 6, 2023
Peminat Man United mengusik peminat Ajax dengan menyatakan: “Sebelum ini saya terdesak mahukan Van der Sar berada di United. Tapi sekarang tak lagi, biarlah dia terus di Ajax dan membekalkan kami pemain baharu, Next… Timber.”
Ditanya tentang apakah usaha mereka untuk menggantikan Antony pada Januari lalu? Van der Sar menyatakan bahawa, kelab telah menghubungi Hakim Ziyech untuk kembali ke pangkuan mereka.
Malangnya perpindahan itu tidak dapat dimeterai kerana Ziyech mahu ke PSG. Akhirnya perpindahan itu pun gagal kerana Chelsea tersilap hantar borang 3 kali.