Van Der Sar Masuk ICU Kerana Alami Pendarahan Otak

Bekas penjaga gol Manchester United dan Belanda Edwin van der Sar berada dalam unit rawatan rapi kerana pendarahan di sekitar otaknya.

Perkara itu turut disahkan sendiri oleh Ajax menerusi siaran di media sosial rasmi kelab itu.

Legenda Belanda berusia 52 tahun itu telah memenangi Liga Perdana Inggeris sebanyak empat kali di Manchester United, serta Liga Juara-Juara Eropah pada 2008, yang turut diraihnya bersama Ajax.

Selepas bersara, beliau kembali ke Ajax, di mana beliau memegang jawatan sebagai ketua eksekutif pada 2016.

Beliau meletak jawatan pada Mei tahun lalu dan menyerahkan tugasnya kepada rakan sekerja pada 1 Jun 2023.

Namun dia diminta oleh lembaga untuk kekal secara rasmi dalam jawatannya sehingga 1 Ogos untuk memastikan penyerahan tugas itu berjalan lancar.

“Pada hari Jumaat, Edwin van der Sar mengalami pendarahan di sekitar otaknya,” kata Ajax dalam satu kenyataan di Twitter.

“Dia kini dia berada di hospital di unit rawatan rapi dan berada dalam keadaan stabil. Apabila kami mendapat lebih banyak maklumat konkrit, kemas kini akan menyusul.”

“Semua orang di Ajax mendoakan agar Edwin cepat sembuh. Kami sedang memikirkan kamu.”

Walaupun tiada butiran lanjut diberikan oleh Ajax, telah dilaporkan bahawa Van der Sar telah dimasukkan ke hospital semasa di Croatia.

Dua lagi bekas kelabnya, Man United dan Fulham memberikan kata kata semangat kepada Van der Sar.

“Mengirimkan segala kasih sayang dan kekuatan kami kepada awak, Edwin,” tweet United.