Van Der Vaart Kecam Weghorst Raikan Gol Beriya Sangat Selepas Detik Cemas

Penyerang Belanda, Wout Weghorst telah diselar kerana keraian menggelongsor dengan lutut (knee slide) selepas menjaringkan sepakan penalt, hanya beberapa minit selepas jurulatih Hungary, Adam Szalai diberikan bantuan kecemasan.

Pertembungan Hungary dengan Belanda dihentikan sementara selepas jurulatih mereka Adam Szalai rebah di bangku simpanan. Kakitangan perubatan Hungary, dan pemain di atas padang, segera bergegas membantunya dan perlawanan dihentikan sementara supaya dia boleh menerima rawatan.

Setelah menerima rawatan di tepi padang – dia telah dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans. Dia dikejarkan ke hospital di Amsterdam dan berada dalam keadaan stabil.

VAR kemudian memberikan Belanda sepakan. Wout Weghorst melangkah untuk mengambilnya, menjaringkan gol dan meraikannya dengan gelongsoran lutut, mengundang kecaman meluas memandangkan peristiwa yang telah berlaku beberapa minit sebelum itu.

Rafael van der Vaart, legenda Belanda yang memenangi 109 caps untuk negaranya dan kini bekerja sebagai pakar/ pundit, menyelar bekas penyerang itu, yang kini bermain untuk Ajax. Dia berkata: “Apabila anda menjaringkan gol dan meraikannya seperti itu… ia memberi saya rasa tidak selesa. Raikan dengan sedikit tenang sudah ok rasanya.”

Laman HungarianFooty berkata: “Selain itu, Weghorst meraikan seperti itu dengan menjaringkan penalti selepas apa yang berlaku di bangku simpanan kami, sama sekali tidak ada kelas dan tidak ada rasa hormat. Memalukan.”

Britishblackman menulis: “Wout Weghorst, tahniah atas gol anda, tetapi anda baru sahaja dianugerahkan penalti VAR yang meragukan selepas penangguhan yang lama untuk memberikan laluan keppada bantuan kecemasan perubatan di bangku simpanan Hungary dan anda sedang meraikannya?”

HungarianScout berkata: “Semua orang tolong doakan Adam Szalai. Juga kepada Wout Weghorst yang masih gila. Di mana dia sentiasa meraikannya dengan cara ini dalam keadaan sedemikian, secara literal, hanya beberapa saat kemudian. Sejujurnya agak menjijikkan.”

Peminat yang lain berkata: “Messi dah lama tau dah.”