Van Gaal Beri Amaran Kepada Timber, Jika Dia Ke United, Dia Berpotensi Dibuang Dari Skuad Belanda

Louis Van Gaal memberikan amaran kepada Jurrien Timber bahawa dia akan kehilangan tempatnya di dalam pasukan kebangsaan Belanda yang akan beraksi di Piala Dunia, jika dia tidak mendapat minit perlawanan yang selayaknya ketika di Man United.

Jurrien Timber dilaporkan menjadi pemain yang sedang berunding dengan Man United untuk menyertai Erik Ten Hag di kelab tersebut.

Van Gaal lebih selesa kalau Jurrien Timber kekal sahaja di Ajax. Kerana pembangunan pemain itu sedang berjalan lancar di sana. Dia juga terjamin sebagai pemain utama di kelab Belanda itu.

Menurut sumber Marcel Van Kraan: “Louis Van Gaal bercakap kepada Timber: ‘Dengarn sini, jika kamu ke Manchester United, minit perlawanan kamu akan terhad sebelum Piala Dunia’.”

“Kami berterus terang nak cakap yang, Timber tak akan bermain dalam skuad kebangsaan bimbingan Van Gaal jika dia tidak bermain setiap minggu.”

Ejen kepada Timber sudah berada di pejabat Ajax 2 minggu lalu untuk membincangkan perpindahan pemain itu ke United. Dan rundingan dikatakan sangat positif. Duit bukan masalah dalam perpindahan kali ini.

Namun rundingan tersebut tiba tiba menjadi rumit kerana campur tangan Van Gaal.

Ini bukan pertama kali Van Gaal cuba melarang ‘orang’ Ajax ke Manchester United. Sebelum ini dia mahu Erik Ten Hag menolak tawaran Manchester United kerana kelab itu menurutnya bukan kelab bola sepak tetapi kelab komersial.

Beberapa minggu lalu, Van Gaal menyindir Barcelona agar tidak menjual De Jong dengan harga di bawah EUR112 juta.

Bekas pengurus Manchester United, Louis Van Gaal memuji prestasi pemain itu dan menyifatkan bahawa harga pemain itu seharusnya lebih daripada 100 juta euro.

Van Gaal berkata: “De Jong memberikan kualiti tambahan, itu dah tentunya. Itulah sebabnya dia bernilai €112 juta.”

Van Gaal sebenarnya merujuk kepada angka yang dikeluarkan oleh CIES Football Observatory report, yang mendakwa De Jong bernilai €112 juta.

Pastinya Manchester United berharap Barcelona tidak terpengaruh dengan kata kata Van Gaal. Nak deal 90 juta euro ni pun payah. Apatah lagi kalau Barca tetiba benar benar meminta EUR112 juta.

Beberapa minggu lalu, Ajax Amsterdam dikatakan yakin akan dapat memujuk pemain pertahanan mereka Jurrien Timber untuk terus kekal bersama dengan juara Belanda itu.

Selain daripada Frenkie De Jong, Erik Ten Hag mahu membawa Jurrien Timber dari Ajax.

Mirror UK melaporkan bahawa Jurrien Timber adalah senarai keutamaan Ten Hag bersama sama dengan Darwin Nunez (yang kemudian disambar Liverpool) untuk dibawa masuk ke Old Trafford.

Manchester United turut menjadikan Davi Carmo sebagai sasaran  kedua jika rundingan mendapatkan Timber gagal.

Namun pemain itu memang sudah menyatakan bahawa dia tidak terdesak untuk berpindah ke Manchester United pada jendela perpindahan kali ini.

Dia menyerahkan situasi tersebut kepada kelabnya.

Ajax sudah meletakkan tanda harga sekitar EUR50 juta untuk pemain itu. Harga yang dianggap agak tinggi. Itu bukti bahawa Ajax tak terdesak untuk menjual Timber dan merasakan tawaran EUR50 juta barulah cukup untuk mereka mencari pengganti sebagus Timber.

Timber masih lagi bersemangat untuk Ajax terutama sekali dia mahu beraksi di UCL. Menurut Timber, Ajax pun kelab besar dan bermain di UCL.

Timber berkata: “Kata hati saya akan mempengaruhi keputusan saya. Gambaran harus sempurna. Kamu boleh berpindah ke kelab besar, namun adakah kamu mahu bermain?”

Timber tidak pasti sama ada di United dia akan terus mendapat tempat secara automatik seperti di Ajax. Walaupun jelas sekali Ten Hag mahu menjadikannya pengganti kepada Eric Bailly yang dilaporkan dalam senarai jual.

Timber menambah: “Jika kamu tak dapat bermain di sana, lebih baik kekal di Ajax. Ajax pun kelab yang besar juga. Kami bermain di UCL.”

Timber kemudian dikatakan berminat untuk ke Man United dan ejennya sudah bercakap dengan kelab itu. Namun kenyataan Van Gaal itu benar benar mempengaruhinya ketika ini.

Van Gaal tak yakin dia akan mendapat minit perlawanan yang diperlukan ketika di United berbanding di Ajax.

Timber harus memikirkan tempatnya dalam skuad kebangsaan Belanda. Dan pada masa yang sama, dia mungki mahu membuktikan kepada Van Gaal bahawa dia mampu menjadi pemain kesebelasan utama setiap minggu di United.

Der Kraan menambah: “Rundingan ini memang di air yang mati. Pemain nak datang ke United namun Van Gaal menegaskan bahawa dia tak akan berada dalam skuad kebangsaan Belanda jika dia tak bermain setiap minggu di United.”

Man United memang memerlukan bek tengah yang konsisten untuk dipasangkan dengan Harry Maguire. Ini kerana Raphael Varane seringkali cedera. Keadaan itu sangat merisaukan Erik Ten Hag.

Ten Hag sudah menyatakan bahawa Harry Maguire berada dalam senarai pemain penting dalam perancangannya bagi projek baharu di Manchester United.

Ten Hag melihat kualiti Maguire dan sumbangan besarnya selama ini sebagai faktor penting.

Eric Bailly sudah pastinya tidak berada dalam perancangan Ten Hag, kerana pemain itu juga injury prone. Selain itu nama lain yang dikatakan dalam senarai jual Man United ialah Aaron Wan Bissaka.

Man United masih lagi mencari pemain tengah dan penyerang untuk dibawa masuk. Ini kerana mereka kehilangan Nemanja Matic dan juga Paul Pogba serta Juan Mata di bahagian tengah.

Di serangan, mereka kehilangan Edinson Cavani dan Jesse Lingard serta situasi masih tak menentu melibatkan Mason Greenwood.

 

 

Baca yang lain