Van Gaal Buat U-Turn: Depay Dan De Jong Dijamin Tempat Walaupun Kurang Minit

Jurulatih Belanda Louis van Gaal telah membuat u-turn dalam polisi pemilihan pemain kebangsaannya.

Sebelum ini Van Gaal pernah menasihati Jurrien Timber agar tidak menyertai Manchester United. Kerana itu mungkin akan menjejaskan peluang pemain itu beraksi untuk Belanda di Piala Dunia kerana kekurangan minit permainan.

Terdapat media kemudian menyatakan bahawa Van Gaal masih membenci Manchester United dan mengugut agar Timber tidak ke Manchester United.

Van Gaal menyatakan bahawa kenyataannya telah disalah erti bahawa Van Gaal melarang pemain tersebut ke Manchester United.

Sebaliknya dia cuma menyatakan nasihatnya tentang apa yang terbaik untuk pemainnya lakukan bagi mendapatkan tempat dalam pasukan Piala Dunia 2022.

Van Gaal berkata: “Saya nak cakap terus terang. Saya dah telefon pemain beberapa pemain. Dan perbualan kami akan sentiasa berakhir dengan ‘ini adalah nasihat’.”

“Kamu harus sentiasa dekat dengan diri sendiri dan buat keputusan demi diri sendiri.”

Pokok pangkalnya, Van Gaal menekankan minit permainan yang secukupnya untuk para pemain mendapatkan tempat mereka dalam pasukan Belanda yang akan bermain Piala Dunia 2022.

Beberapa pemain penting Belanda sejak akhir akhir ini telah gagal mendapatkan minit permainan di kelab masing masing. Antaranya Frenkie De Jong dan Memphis Depay.

Kedua dua pemain itu tidak mendapat minit yang banyak di Barcelona.

Namun kini Van Gaal sudah memberikan imuniti untuk 2 pemain tersebut. Dan mereka sudah terjamin tempatnya dalam skuad kebangsaan Belanda yang akan bermain di Piala Dunia 2022.

De Jong menjadi pemain penting dalam menetapkan tempo pasukan Belanda. Sementara Memphis Depay adalah penggempur gol yang penting untuk Belanda.

Van Gaal sebelum ini pernah berkata: “Saya sedar betapa pentingnya Frenkie. Dia membawa kualiti tambahan di jentera tengah pasukan kami.”

Berita ini pastinya melegakan De Jong dan juga Memphis Depay. Namun sudah ada kemusykilan daripada Barca bahawa Memphis Depay baru baru ini sengaja tidak mahu terlibat dalam tugasan kelabnya kerana mahu mengelakkan kecederaan sebelum Piala Dunia.

Depay dituduh sengaja melengahkan proses pemulihannya agar dia benar benar cergas sebelum Piala Dunia.

 

Baca yang lain