Van Gaal Mengidap Kanser Prostat: “Saya Selalu Keluar Ke Hospital Tanpa Pengetahuan Pemain”

Khabar dukacita buat peminat bola sepak, di mana bekas pengurus Manchester United Louis van Gaal mendedahkan dia menghidap kanser prostat.

Pengurus pasukan kebangsaan Belanda, berusia 70, dijangka terus memimpin negaranya di Piala Dunia di Qatar akhir tahun ini

Louis van Gaal membuat kenyataan rasmi tentang penyakit yang dihidapinya itu dan telah mendedahkan dia sedang dirawat secara intensif untuk kanser prostat. Di mana dia sudah menjalani kira kira 25 sesi rawatan kanser setakat ini.

Pengurus legenda berusia 70 tahun itu membuat pengakuan itu dalam rancangan televisyen di Belanda bernama Humberto pada petang Ahad sambil mempromosikan dokumentari baharu tentang hidupnya.

Van Gaal juga menegaskan bahawa para pemainnya tidak tahu tentang penyakitnya. Dan pastinya hanya akan tahu selepas sesi wawancara tersebut. Van Gaal berkata: “Mereka tidak tahu.”

“Dalam pada saya menguruskan pasukan kebangsaan, saya beberapa kali terpaksa menyusp keluar untuk pergi ke hospital pada malam hari tanpa pengetahuan para pemain – sehingga sekarang [mereka masih tak tahu].”

“Mereka tidak tahu. Mereka nampak merah padam di pipi saya dan berfikir, ‘tu tanda dia lelaki yang sihat’. Itu sudah tentu tidak berlaku. Saya sebenarnya tidak sihat”

 

Van Gaal menambah: “Saya telah melalui banyak penyakit, termasuk dengan isteri saya sendiri. Jadi itu hanya sebahagian daripada kehidupan sebagai manusia.”

“[Saya] sebagai seorang manusia mungkin akan menjadi lebih ‘kaya’ selepas ini kerana semua pengalaman itu. Saya fikir itu juga harus ada dalam filem [dokumentari] tersebut.”

Louis Van Gaal mengambil alih tugas sebagai pengurus Belanda buat kali ketiga pada Ogos 2021. Di mana sebelum ini dia pernahmembawa mereka menamatkan kempen tempat ketiga pada Piala Dunia 2014.

Louis Van Gaal menggantikan Frank de Boer selepas kempen Euro 2020 yang mengecewakan di mana Belanda tersingkir dalam pusingan 16 terakhir dan kini dia akan memimpin negaranya mara ke Piala Dunia 2022 di Qatar yang akan berlangsung pada akhir tahun ini.

Pada hari Jumaat minggu lalu, Belanda diundi menentang tuan rumah Qatar, juara Piala Negara-Negara Afrika Senegal dan Ecuador dalam Kumpulan A kejohanan itu, yang akan berlangsung pada November.

Sebelum kembali ke tempat kerusi pengurus bersama Belanda, Van Gaal pernah bertanggungjawab menjadi pengurus di Manchester United antara 2014 dan 2016.

Namun kariernya di Man United agak terumbang ambing.

Dia kemudiannya telah dipecat oleh kelab dan digantikan dengan Jose Mourinho walaupun membawa mereka menjuarai Piala FA dalam perlawanan terakhir perkhidmatannya.

Sikap Van Gaal yang suka mengkritik terbuka Ed Woodward, antara sebab kenapa dia kurang disenangi pengurusan tertinggi.

United menyiarkan mesej sokongan mereka kepada pengurus tersebut menerusi ciapan di Twitter mereka yang berkata: “Semua orang di Manchester United sepenuhnya berada di belakang bekas pengurus kami, Louis van Gaal, dalam perjuangannya menentang kanser. Menyampaikan kata kata semangat kekuatan dan keberanian buat kamu, Louis.”

Van Gaal sebelum ini pernah memenangi kejuaraan liga bersama Ajax, yang turut dibimbingnya untuk menjuarai Liga Juara-Juara Eropah pada 1995.

Van Gaal turut pernah mengendalikan pasukan seperti Barcelona, ​​​​AZ Alkmaar dan Bayern Munich.

Peminat bola sepak dari seluruh dunia memberikan kata kata sokongan buat Van Gaal.

Van Gaal merupakan antara revolusionis dalam taktikal moden. Di mana dia banyak mencipta inovasi termasuk pembahagian grid 18 zon yang banyak dirujuk sebagai ‘padang Van Gaal’.

Semoga cepat sembuh kepada Louis Van Gaal dalam perjuangannya menentang kanser.