Van Gaal Tak Gembira Wijnaldum Kurang Minit Dengan PSG

Jurulatih pasukan kebangsaan Belanda, Loius van Gaal menyatakan kebimbangannya ke atas kekurangan minit permainan Giorginio Wijnaldum di Paris Saint-Germain (PSG).

Pemain tengah Belanda itu menyertai PSG secara percuma musim panas ini setelah meninggalkan Liverpool.

Namun kehadirannya di PSG setakat ini tidak membolehkannya menjadi pilihan utama dalam skuad serba bintang mereka.

Wijnaldum pastinya tertekan untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama, dengan prestasi luar biasa Idrissa Gueye.

Perkara ini pastinya mendapat perhatian daripada pengurus pasukan kebangsaan Belanda.

Beliau sendiri mengesahkan bahawa sudah menggariskan perkara itu kepadaa Wijnaldum sendiri.

Van Gaal berkata: “Saya bercakap dengannya mengenai hal itu ketika saya tiba. Tetapi loceng penggera tidak berbunyi lagi setakat ini,” kata Van Gaal.

Wijnaldum hanya bermain 11 penampilan dalam semua pertandingan untuk PSG termasuk lapan di Ligue 1, dua di Liga Juara-Juara dan satu di Trophee des Champions.

Persaingan mendapatkan tempat dalam posisi tengah dalam skuad PSG sememangnya sangat sengit. Ini kerana Mauricio Pochettino mempunyai banyak pilihan dengan kualiti yang sangat baik daripada ramai pemain .

Pengurus asal Argentina dilihat sangat selesa menggunakan Gueye berbanding Wijnaldum.

Agak ironi kerana ketika menyertai PSG, Wijnaldum yakin dia akan menjadi pemain utama PSG kerana Pochettino menurutnya pernah membidanya ketika dia di Newcastle lagi.

Kekurangan minit permainan di PSG dikhuatiri akan membuatkan pemain itu bergelut dengan prestasi termasuk dari segi kecergasan permainan.

Bukan itu sahaja, masalah yang sama sudah lama menimpa Donny Van De Beek di Man United.

Trend inilah yang sangat menggusarkan Van Gaal pada ketika ini.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil