Van Gaal: “Ya! Piala Dunia 2022 Sudah Diatur Untuk Melihat Messi Juara”

Louis Van Gaal telah mengeluarkan kenyataan panas baru baru ini. Apabila dia senada dengan segelintir pihak di media sosial yang menganggap Piala Dunia 2022 sudah diatur.

Bagi Van Gaal, memang Piala Dunia 2022 sudah diatur. Alasannya kerana FIFA merasakan bahawa Messi harus menjadi juara dunia sebelum dia bersara. Agar ada cerita yang gemilang dalam bola sepak.

Lionel Messi sudah memenangi segalanya bersama kelab. Dan kemudian dia menamatkan badi piala bersama Argentina dengan kejuaraan Copa America 2021 dan Finalissima.,

Piala Dunia 2022 akan menjadi pelengkap sempurna kepada Messi. Terutama sekali ramai yang menganggap ia adalah syarat akhir untuk Messi bergelar GOAT.

Messi benar benar berjaya menamatkan penantian Piala Dunia skuad Argentina sejak 1986.

Dia dan rakan rakannya bangkit daripada permulaan hambar kalah di tangan Arab Saudi dengan mara ke final dan menewaskan Perancis menerusi penentuan penalti.

Louis Van Gaal merupakan pengurus Belanda. Pasukan yang disingkirkan Argentina di suku akhir.

Dia merasakan pasukannya dilayan berat sebelah oleh pengadil dan FIFA.

“Korang lihatlah bagaimana mereka jaringkan gol dan bagaimana pula cara kami jaringkan  gol.”

Van Gaal merujuk kepada pemberian penalti kepada Argentina dalam perlawanan itu. Argentina turut mendapat beberapa penalti lain dalam pentas Piala Dunia 2022.

Van Gaal juga menambah, pemain pemain Argentina sukar untuk mendapat kad walaupun mereka kelihatan melampaui batas.

“Apabila pemain mereka melampaui batas, mereka tidak mendapat kad pun,” kata Van Gaal yang diejek oleh Messi dengan keraian golnya.

Messi ketika itu tak  berpuas hati dengan komen Van Gaal yang memperlekehkan taktikal Argentina.

Van Gaal menyebut: “Saya malas nak komen banyak namun, Piala Dunia 2022, sudah diatur. Ada niat yang jelas mahu Messi menjuarainya.”

Wartawan tergelak mendengarnya. Van Gaal terus menyambung: “Saya serius dan memaksudkannya. Adakah kerana mereka merasakan Messi harus menjadi juara dunia? Saya rasa jawapannya YA!.”

Messi kini bermain untuk Inter Miami. Dan dia menyatakan bahawa kejuaraan Piala Dunia 2022 adalah pelengkap kepada karier bola sepaknya.

Dia mahu menikmati bola sepak lebih santai dan kehidupan gembira bersama keluarganya di AS.