Van Hau Terdiam Kecewa Difitnah Marc Klok: “Dia Pelakon Yang Bagus”

Pemain pertahanan Vietnam, Doan Van Hau hanya terdiam membisu ketika dia difitnah Marc Klok di atas padang dalam satu insiden.

Kemudian selepas tamat perlawanan, Van Hau meluahkan kekecewaannya dengan menuduh Marc Klok sebagai pelakon drama atau sinetron.

Ianya merujuk kepada satu insiden pada separuh masa kedua. Di mana Marc Klok cuba mengawal Van Hau.

Pemain Vietnam itu hanya meletakkan tangannya di belakang tanda dia tidak melakukan sebarang kontak. Ianya selepas pengadil memberikan amaran kepada kedua dua pemain agar tidak tarik menarik atau tolak menolak.

Sebelum itu, Klok sudah beberapa kali tidak berpuas hati dengan Van Hau. Sehingga pada satu ketika dia enggan berjabat tangan dengan Van Hau selepas kekecohan kecil berlaku.

Jadi, insiden minit ke-73, Klok dilihat cuba berlakon agar Van Hau dilayangkan kad kuning kedua, yang bermaksud kad merah dan dibuang padang.

Van Hau seolah olah menjadi sasaran utama pemain pemain Indonesia. Membuatkan fokus pemain pemain pemain Indonesia tidak 100% kerana Van Hau.

Doang Van Hau sebelum itu sudah mendapat 1 kad kuning kerana dituduh menyiku Asnawi Mangkualam. Ulang tayang menunjukkan Van Hau melakukan body check. Namun itulah kad kuning pertama Van Hau selepas beberapa siri kekasaran dia lakukan sepanjang peringkat kumpulan dan juga pada separuh akhir pertama.

Insiden minit ke-73 itu membuatkan Van Hau hanya mampu terdiam dan menyerahkan nasibnya kepada pengadil. Sambil menyatakan dia tidak melakukan sebarang tolakan atau kekasaran kepada Marc Klok.

Van Hau pula yang ditolak oleh pemain Indonesia yang percaya dengan lakonan Klok.

Dia meluahkan perkara itu selepas tamat perlawanan.

Pemain pertahanan berusia 23 tahun itu tidak tahu kenapa Klok tiba-tiba jatuh seperti terkena renjatan elektrik.

Van Hau kemudian melabel dan mengejek Klok sebagai pelakon dramatik di ‘padang hijau’.

Van Hau bercakap kepada Soha: “Dia [Marc Klok] seorang pelakon yang sangat dramatik dia atas lapangan menghijau.”

Dia tidak mahu membincangkan lebih lanjut perkara itu kerana menurutnya, fokus mereka sudah ke arah aksi final. Menunggu lawan mereka sama ada Thailand atau Malaysia.

Van Hau menganggap urusan dengan Indonesia sudah selesai.

“Lawan apa yang bakal dihadapi Vietnam pada perlawanan akhir, adakah Malaysia atau Thailand kedua-duanya bagus. Kami akan membuat persiapan terbaik untuk perlawanan [akhir] ini,” kata Van Hau.

Vietnam berjaya menumbangkan Indonesia dengan jaringan 2-0 pada perlawanan kedua separuh akhir Piala AFF 2022 di Stadium My Dinh.

Kedua dua gol adalah menerusi Nguyen Tien Linh. Gol pertama pada minit ke-3 separuh masa pertama. Manakala gol kedua adalah hanya selepas 2 minit aksi separuh masa kedua dismabung.

Kemenangan ini turut membawa pasukan Park Hang-seo ke final.

Shin Tae Yong sekadar mampu mengucapkan syabas kepada Vietnam yang menurutnya tampil sebagai pasukan lebih baik.

Anak anak buahnya gagal mengekalkan fokus dan konsentrasi sepanjang 90 minit.

Ketumpulan di hadapan gol ketika menentang Vietnam benar benar membuatkan Indonesia hampa. Mereka gagal mencetak sebarang percubaan tepat berdepan dengan pasukan yang masih tidak bolos setakat ini dalam Piala AFF 2022.

Walaupun sebelum perlawanan separuh akhir 1, Shin Tae Yong melabel Vietnam bukannya terlalu kebal, tetapi berada dalam kumpulan yang ada pasukan lemah sebagai lawan mereka.

Ternyata Indonesia yang berada di kumpulan lebih gagah turut gagal menjaringkan sebarang gol dalam 2 pertemuan dan kesempatan mereka.

Mungkin Indonesia akan merenung kembali pembaziran peluang mereka ketika separuh akhir 1 di GBK sebelum ini. Ketika di Indonesia mereka mencipta 3 atau 4 peluang keemasan namun kesemuanya gagal disempurnakan.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.