VAR Dikecam Selepas Tidak Berikan Penalti Kepada Insiden Kungfu Ini

VAR terus membuat kelakar dalam aksi EPL. Selain daripada insiden di mana VAR membatalkan gol Cavani selepas merasakan Son Heung Min dikasari, dalam aksi di antar Newcastle dan Burnley, keadaan menjadi lebih teruk.

Pemain Newcastle telah disepak di mukanya oleh pemain Burnley, James Trakowski. Perkara sangat asas dalam bola sepak, kaki tinggi jika ada pemain lawan di situ, maka ianya faul.

Longstaff cuba menanduk bola tetapi Trakowski menghayun kakinya tinggi sekali. Namun malangnya selepas pengadil meminta pandangan VAR, keputusan VAR sangat mengejutkan apabila menyatakan bahawa tiada penalti.

Bekas pemain EPL, termasuk Alan Shearer dan Rio Ferdinand tidak percaya dengan apa yang mereka baru sahaja saksikan ketika itu. Malah peminat bola sepak dari seluruh dunia pun tidak percaya juga.

Sudah pastinya ianya adalah aksi bahaya dengan ‘high boot’. VAR mendapat kecaman hebat daripada para peminat sukan bola sepak dari seluruh dunia.

Pundit, Roy Keane, Jamie Redknapp, Micah Richards, semua mereka bersetuju bahawa Newcastle seharusnya diberikan penalti daripada insiden seperti ini.

Wartawan, Mark Douglas menyatakan, beliau dimaklumkan oleh PGMOL bahawa insiden itu VAR tidak memberikan penalti kerana Trakowski sudah memenangi bola terlebih dahulu, kemudian Longstaff tiba tiba menghulurkan kepalanya ke arah bola.

Mujur aksi penuh berkesudahan dengan kemenangan memihak Newcastle, walaupun mereka ketinggalan awal. Newcastle menang 2-1 untuk menjarakkan diri enam mata dari zon penyingkiran.