VAR Kos Rendah: Pengadil Batalkan Gol Selepas Tengok Rakaman Di Telefon Penyokong

VAR merupakan teknologi pengadil video yang sangat mahal. Dan tidak semua liga profesional divisyen utama di dunia ini yang mampu menanggung kos operasinya.

VAR merupakan teknologi yang sudah dipatenkan dan ianya milik FIFA dan IFAB. Oleh itu kesemua VAR yang ada adalah perlu menggunakan VAR yang disediakan oleh FIFA berkuatkuasa Julai 2020. Ini selepas IFAB (badan penggubal undang undang bola sepak FIFA) telah memindahkan hakmilik VAR kepada FIFA.

Dan ianya memakan kos yang sangat tinggi. Sebagai contoh, di Brazil, CBF membayar sekitar US$6 juta (RM25.11 juta) semusim itu VAR sahaja.

Namun pembayaran itu harus ditanggung kesemua kelab yang bertanding dalam liga tersebut.

Bagaimana pula dengan di England?

Berbeza dengan di Brazil yang membayar terus pakej RM25.11 juta semusim untuk liga utama mereka dengan 20 pasukan. Di England, bayaran dikenakan berdasarkan setiap perlawanan.

Di England, setiap perlawanan, setiap pasukan yang menggunakan VAR perlu membayar £9,251 (RM52,372) untuk VAR sahaja tidak termasuk Goal Line Tehnology. Ini bermaksud satu pasukan membayar sekitar RM26,186.

Jadi, angka ini akan ditolak daripada wang jualan tiket pada hari perlawanan. Jika tiada penyokong yang hadir, misalnya ketika lockdown penuh, bayaran VAR akan tiolak daripada bonus wang atau bonus kemenangan ataupun daripada pembahagian penajaan terutama sekali hak penyiaran.

Jadi, setiap kelab Liga Perdana Inggeris wajib membayar VAR dalam setiap perlawanan.

Mimpi ngeri kelab kecil di England

Sebelum ini beberapa kelab kecil di England telah mengadu bahawa, kos VAR terlalu tinggi setiap kali mereka berdepan dengan pasukan dari Liga Perdana Inggeris dalam Piala FA. Memandangkan Piala Carabao yang tidak mewajibkan VAR, maka isu sekarang ini berbangkit dalam Piala FA Inggeris.

Misalnya, Oxford United dan Rochdale mengeluh kerana terpaksa membayar VAR ketika beraksi di St James’ Park menentang Newcastle pada musim sebelum ini.

Ketika kelab kelab kecil ini bermain di tempat lawan yang dari EPL, dianggap mimpi ngeri oleh mereka. Kerana mereka perlu memikirkan soal membayar VAR. Walaupun mereka mengakui pada sisi lain, pemain teruja dapat merasai sendiri beraksi dengan teknologi yang dirasai oleh pasukan kelas atasan itu.

Peraturan VAR di England mewajibkan penggunaan VAR dalam Piala FA untuk perlawanan yang dilangsungkan di stadium kelab Liga Perdana Inggeris.

Seperti yang dinyatakan di atas, kos sewaan untuk VAR pada satu perlawanan adalah £9,251 + VAT (cukai) dan perlu dibayar oleh 2 kelab yang berlawan.

Bayaran VAR itu akan ditolak daripada kutipan tiket. Selepas dipotong oleh VAR, kutipan tiket akan dibahagi sebanyak 45% untuk setiap pasukan. Dan kemnudian 10% lagi adalah dimasukkan ke dalam tabung bonus kemenangan.

Kesannya, Rochdale dan Oxford terpaksa membayar hampir £5,000 hanya untuk VAR ketika berkunjung ke St James Park. Bagi Newcastle, itu bukanlah masalah besar, terutama sekali mereka sekarang dan kaya raya.

Selain itu, untuk pasukan yang beraksi di EPL, mereka juga harus memasang teknologi garisan gol ataupun Goal line technology. Teknologi ini juga disewa sekitar £260k untuk semusim.

VAR kos rendah di Serbia

Satu video tular memaparkan pengadil di liga bawahan Serbia telah membatalkan gol selepas merujuk kembali rakaman video menerusi telefon bimbit seorang penyokong yang tidak berpuas hati.

Jurulatih pasukan yang dibolosi turut membantah gol tersebut dan meminta pengadil melihat kembali rakaman di telefon pintar peminat. Dia berkali kali menyebut VAR VAR kepada pengadil.

Pengadil bergegas ke tepi padang melihat monitor kecil pada telefon itu dan memutuskan untuk membatalkan gol tersebut.

Tidak pasti ianya melibatkan pasukan mana. Kerana perkongsian itu hanya memperlihatkan pengadil membatalkan gol tersebut selepas VAR kos rendah.