VAR, Profesional Giroud Dan Lampard Antara 5 Perkara Daripada Kemenangan Chelsea Ke Atas Spurs

Kunjungan Jose Mourinho ke Stamford Bridge sebagai pengurus pasukan lain, sekali lagi berakhir kekecewaan.

Chelsea menjamu kunjungan jiran mereka Spurs dalam aksi derbi London pada malam ini.

Kali ini pasukan Mourinho tewas 2-1 di tangan Chelsea yang dibimbing oleh protege legenda beliau – Frank Lampard.

Chelsea mendahului dua gol menerusi Olivier Giroud dan Marcos Alonso. Giroud melakukan rembatan deras menewaskan Hugo Lloris di near post.

Manakala Alonso melakukan rembatan cantik jarak dekat.

Spurs mendapat gol lewat perlawanan selepas Rudiger tertampan bola ke gawang sendiri.

Namun ia gagal untuk membantu mereka mengelak daripada tewas.

Berikut adalah beberapa statistik dan fakta daripada perlawanan ini:

1. Bisa Giroud

Walaupun Chelsea gagal mendapatkan seorang penyerang nombor sembilan pada jendela perpindahan yang lalu, namun mereka masih memiliki pemain seperti Olivier Giroud sebagai back up.

Keputusan Lampard untuk tidak melepaskan beliau jika Chelsea gagal mendapatkan pemain baharu adalah tepat.

Namun bukan semua pemain boleh seprofesiosnal Giroud. Di mana beliau sudah pun tiba di Milan untuk berbincang tentang terma peribadi.

Beliau sudah ada satu perjanjian lisan dengan Lampard bahawa pengurus itu tidak akan melepaskan beliau jika tiada penyerang baharu masuk.

Chelsea dilaporkan cuba mendapatkan pemain seperti Piatek ataupun Edinson Cavani. Namun gagal.

Seperti mana beliau di Arsenal, Giroud tidak pernah merungut walaupun diletakkan di bangku simpanan.

Lihat statistik beliau di bawah ini.

2. Marcos Alonso pertahanan yang efisien

Sejak menyertai Chelsea pada 2016, Marcos Alonso mencatat jumlah gol serta sumbangan kepada gol yang tertinggi berbanding dengan mana mana pertahanan di EPL.

Beliau sudah menjaringkan 17 gol dan 11 assist. Menjadikan sumbangan beliau kepada gol adalah 28.

Tiga daripada gol beliau adalah ke atas Spurs.

3. Tiga OG

Sesuai la nombor tiga ni aku letak info ni kan.

Chelsea adalah pasukan yang paling banyak menderma OG kepada lawan mereka dalam EPL setakat ini dengan 3 OG.

Seram juga tadi kan?

4. Lampard vs Mourinho

Frank Lampard menjadi pengurus pertama yang menewaskan Jose Mourinho dalam dua pertemuan pertama EPL.

Dan menjadi pengurus pertama menewaskan Mourinho dalam dua perlawanan liga back to back setakat ini.

5. Kontorversi VAR

Chelsea sekali lagi kecewa dengan keputusan VAR. Minggu lalu tiada kad merah kepada Maguire yang menapak Batshuayi.

Kali ini tiada kad merah untuk Giovani Lo Celso yang melakukan stamping challenge ke atas Cesar Azpilicueta.

Rumusan

Kemenangan ini membolehkan Chelsea kembali menjarakkan diri daripada Spurs di tangga keempat.

Kedua dua pasukan sedang berusaha untuk menamatkan liga di empat teratas bagi membolehkan mereka bersaing di kejohanan Liga juara-juara Eropah pada masa hadapan.

Ini merupakan kekalahan kesembilan Spurs pada musim ini.

Chelsea sudah mengumpul 44 mata setakat ini dan Spurs pula 40 mata.

Baca yang lain