Pertahanan anchester United, Raphael Varane telah menjadi salah seorang lagi bintang yang mengeluh dengan jumlah perlawanan yang terlalu banyak di peringkat tertinggi sama ada di peringkat kelab dan antarabangsa.
Varane menyifatkan, aksi di peringkat tertinggi adalah seperti mesin basuh, di mana para pemain bermain sepanjang masa dan anda tidak pernah berhenti.
Mereka sentiasa bekerja dalam menghadapi jadual yang sangat padat.
Dengan jadual yang padat sedia ada, FIFA sudah merancang pertandingan antara kelab bagi Piala Dunia kelab pula selepas ini.
Ianya akan menambahkan lagi jadual yang sudah terlalu sesak dan padat.
Pemain asal Perancis itu memutuskan untuk menamatkan kerjaya antarabangsanya awal minggu ini. Kerana dia mengakui tidak larat untuk memenuhi tuntutan perlawanan yang terlalu banyak.
Varane bersara selepas 93 penampilan dan dua perlawanan akhir Piala Dunia untuk Les Bleus. Di mana dia turut berjaya menjulang Piala Dunia pada 2018.
Walaupun masih baru berusia 29 tahun, bekas pemain Real Madrid itu menjadi pemain terbaru yang mengkritik jumlah perlawanan yang terlalu banyak dalam semusim sehingga 70 perlawanan musim ini sahaja.
“Bermain di tahap yang paling tinggi dalam bola sepak profesional adalah seperti mesin basuh, anda bermain sepanjang masa dan anda tidak pernah berhenti”, jelas pemain pertahanan itu.
“Kami mempunyai jadual yang berlebihan dan bermain tanpa henti. Buat masa ini, saya rasa seperti sesak nafas dan para pemain ibarat dikunyah oleh permainan ini [bola sepak].”
Manchester United dan Varane kini berdepan perlawanan seperti yang digambarkannya, dengan Red Devils bermain tujuh perlawanan lagi pada baki bulan Februari, pertembungan setiap pertengahan minggu dan pertengahan minggu antara sekarang dan akhir bulan yang termasuk dua – perlawanan Liga Europa menentang Barcelona dan diakhiri dengan perlawanan akhir Piala Carabao menentang Newcastle United.
Mereka akan beraksi tanpa Casemiro yang digantung, setelah dibuang padang kerana melakukan kekasaran fizikal semasa kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace.
Manakala Lisandro Martinez digantung untuk perlawanan pertama dengan Barcelona. , bermakna skuad Ten Hag akan diuji secara menyeluruh sebelum akhir bulan ini.
Is there too much football being played? 🤔 pic.twitter.com/Oe6iSewFEP
— ESPN FC (@ESPNFC) February 5, 2023
Erik Ten Hag menyambut baik keputusan Varane namun menafikan bahawa dia ada mempengaruhi pemain itu dalam keputusannya untuk bersara.
Malah menurut Ten Hag dia sendiri terkejut dengan pengumuman persaraan daripada bola sepak antarabangsa oleh Varane.
Dengan pemergian oleh Varane, Perancis masih ada pilihan yang besar di barisan pertahanan. Ini kerana negara tersebut berterusa melahirkan bakat bakat luar biasa di kesemua posisi di atas padang.
Namun harus diakui, pengalaman Varane pastinya perkara yang akan dirindui Perancis dalam usaha mereka membentuk gandingan baharu di pertahanan.
Apapun selamat bersara di peringkat antarabangsa buat Raphael Varane, salah seorang pemain bek tengah paling berjaya dalam sejarah bola sepak.