Vardy Jelaskan Blueprint Taktikal Leicester Tewaskan Man City Dengan Menutup Sumber Rodri

Jamie Vardy menjadi watak penting dalam kemenangan ikonik The Foxes membelasah Man City dengan jaringan 5-2 di Etihad.

Tuan rumah di hadapan terlebih dahulu apabila Riyad Mahrez berjaya menjaringkan gol cantik seawal minit keempat.

Leicester berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-37 menerusi penalti.

Ianya selepas Kyle Walker menjatuhkan Jamie Vardy dalam kotak penalti.

Vardy langsung tiada masalah menewaskan Ederson dengan rembatan deras dari titik penalti.

Kedua dua pasukan masuk ke bilik rehat dengan terikat 1-1.

Pada separuh masa kedua, Leicester mengganas dengan 4 lagi gol.

Jamie Vardy menjaringkan gol kedua pada minit ke-54 selepas menerima leretan Timothy Castagne, Vardy menyambar bola dengan flick cantik di near post yang sangat cantik.

 

Pada minit ke-57, Leicester City diberikan pengadil penalti sekali lagi. Sekali lagi Vardy dijatuhkan lawan. Dan kali ini oleh Eric Garcia.

Vardy menewaskan Ederson kali kedua menerusi penalti dan ketiga dalam perlawanan ini.

James Maddison menambah penderitaan Manchester City pada minit ke-77 dengan satu lencongan cantik membuatkan Ederson terkapai kapai kelemasan.

Nathan Ake memberikan sedikit harapan buat Man City dengan gol kedua pasukan tuan rumah. Ake membuka akaun gol dengan tandukan cantik.

Ketika perlawanan memasuki minit ke-88 minit, Leicester City mendapat satu lagi gol menerusi penalti oleh Youri Tielmans.

Ianya selepas Mendy menjatuhkan Maddison di dalam kotak penalti.

Dalam temuramah selepas tamat perlawanan, Vardy menjelaskan secara ringkas apa yang perlu mereka lakukan untuk menewaskan pasukan seperti City.

“Untuk mengalahkan Man City, kamu kena berlari bagai nak gila.”

“Jadi, mentaliti itu kena ada dalam diri kamu.:

“Disiplin taktikal kami bagus hari ini. Oleh kerana mereka bermain counter press, maka kamu kena cepat cepat melepaskan bola.”

“Kami ketinggalan di belakang kerana penyudah mereka yang sangat cantik.”

“Kami menunjukkan ketenangan yang sangat bagus dan kekal bersabar. Kemudian kami menunjukkan kami cukup kemampuan untuk memberikan mereka masalah.”

“Ini persembahan yang sangat bagus dan keputusan yang bagus. 13 tahun masa yang saya ambil untuk merasai bermain dengan cara itu.”

“Saya sangat menekankan aspek serangan dan juga menjadi agresif.”

“Saya sentiasa cuba untuk positif. Dan saya kena fikirkan cara lain untuk mendapatkan keputusan daripada perlawanan seperti ini.”

Vardy tutup Rodri

Vardy kemudian menjelaskan mereka perlu menutup sumber dari Rodri.

Oleh itu dalam perlawanan ini, Vardy diarahkan untuk menekan Rodri yang bermain di posisi no.6

“Kami menjemput permainan di kawasan kami. Dan kemudian kami menghadang / block salah seorang pemain tengah mereka yang sangat bagus dalam transisi. Kami menggunakan 2 atau 3 hantaran untuk melepasinya.”

“Kami keluar daripada tekanan mereka dari kawasan gol dan pergi dengan direct. Tetapi keseluruhannya, kesemua pemain bermain dengan sedaya upaya.”

Ini adalah corak pertahanan 5-4-1 Leicester berdepan dengan ultra offensive Man City 3-2-2-3.

Vardy menekan fokal kepada taktikal Pep Guardiola. Kerana biasanya Rodri akan menjadi pusat transisi sama ada secara terus ataupun ketika City berpatah balik, di mana bola akan dihantar kepada Rodri.

Namun Rodri ternyata tak begitu berpuas hati dengan corak permainan Leicester yang menurutnya hanya tahu berkampung dan bernasib baik.

Sebelum itu Pep Guardiola turut menuduh Leicester hanya parking bas dan kemudian menyerang balas.

Baca yang lain

Michael Edwards Setuju Kembali Ke Liverpool

Pengarah Sukan bertaraf legenda kelab iaitu Michael Edwards dilaporkan telah mencapai kesepakatan dengan Liverpool untuk kepulangan semula. Edwards sebelum ini menjadi tulang