VFF Bangga AFF Puji Rumput My Dinh Sesuai Sangat Anjurkan Pertandingan Level AFF

Menjelang aksi antara Indonesia dan Vietnam pada aksi separuh akhir 2. Kem Indonesia ternyata tidak gembira dengan kualiti padang di My Dinh.

Isu rumput My Dinh menjadi perhatian sejak awal kempen Piala AFF.

Namun mereka mempertahankan kualiti rumput tersebut. Cuma rumput tak menghijau kerana kurang cahaya matahari. Itu je. Namun rumputnya memuaskan.

Beberapa minggu lalu, Dang Ha Viet, yang merupakan Pengarah Pentadbiran Sukan Vietnam, berkata “Stadium Nasional Dinh saya masih diselenggara dan dijaga dengan kerap. Tetapi selama lebih sebulan cahaya matahari di Hanoi tidak mencukupi untuk rumput berfotosintesis, jadi ia tidak mempunyai warna hijau yang kita inginkan.”

“Tetapi Persekutuan Bola Sepak ASEAN telah menyemak dan menilai stadium itu cukup baik untuk perlawanan itu.

Namun Viet meminta orang ramai tidak membandingkan rumput di My Dinh dengan padang padang di Eropah.

Viet menegaskan bahawa stadium di Eropah mempunyai sistem pemanasan dan bumbung anti-kabut dan salji membuatkan rumput hijau walau apa pun cuaca.

Vietnam tidak memilikinya dan oleh itu penampilan padang banyak bergantung kepada cuaca, katanya.

“Saya tidak fikir padang menimbulkan risiko kecederaan. Biasanya pemain akan cedera jika padang yang kasar. Padang ini telah diuruskan dengan menuang lebih banyak pasir.”

Seterusnya beliau menyatakan bahawa, padang MyDinh sesuai dengan permainan Vietnam kerana tiada Kylian Mbappe di dalam pasukan mereka.

Dia menambah: “Pasukan yang bergantung pada kelajuan dan intensiti tinggi selalunya akan bermain di atas rumput yang lebih pendek dan tanah yang lebih keras. Gaya permainan Vietnam tidak pantas dan tidak bergantung pada kelajuan tidak seperti Kylian Mbappe [bintang Perancis]. Tanah di Stadium My Dinh agak lembut pada masa ini dan rumputnya tidak tinggi.”

Namun komen daripada Dang Ha Viet itu bertentangan dengan pendapat Park Hang Seo.

Di mana Cikgu Park dikatakan sangat kecewa dengan kondisi padang My Dinh. Dan dia mengarahkan pemain pemain Vietnam menukar but mereka agar memakai but yang sesuai dengan keadaan padang yang teruk.

Park Hang Seo menilai bahawa para pemain berdepan risiko kecederaan kerana permukaan padang yang tidak rata dan mudah terbenam kaki mereka jika cuaca hujan.

Difahamkan, Park Hang Seo melarang pemainnya memakai but dengan stud besi yang sesuai dengan keadaan padang yang baik. Sebaliknya para pemain diminta memakai but dengan stud plastik.

Untuk aksi di padang tiruan di Singapura, para pemain diminta memakai kasut dengan stud pendek.

Terbaru, Setiauha Agung VFF, Duong Nghiep Khoi telah menyatakan rasa bangganya apabila AFF telah memuji rumput padang mereka.

Ianya adalah balasan kepada pertanyaan media terutama sekali dari Indonesia yang kurang senang melihat kondisi padang mereka.

Khoi berkata: “Tidak ada masalah dengan rumput padang My Dinh. Kondisi My Dinh tidak sebaik beberapa stadium di negara Asia Tenggara lain. Akan tetapi ianya cukup bagus untuk pertandingan setaraf AFF.”

“My Dinh masih layak menjadi tuan rumah dan menganjurkan pertandingan serantau. Padang kami mendapat pujian pihak AFF sendiri.”

“Semalam, 100 sukarelawan dari Universiti Sukan Bac Ninh membantu, jadi tempat duduk itu dibersihkan. Rumput juga tumbuh, memenuhi 80 keperluan.”

“Stadium disahkan berada dalam keadaan mencukupi untuk menganjurkan perlawanan dalam Piala AFF,” kata Nghiep Khoi.

Baca yang lain