Pelawak berasal dari Indonesia, Vicha agak terkilan dan kecewa dengan sokap Ogy Ahmad Daud.
Sebelum ini, bekas peserta Raja Lawak, Che Mat membuat laporan di Balai Polis Bandar Tun Hussein Onn Cheras ke atas Syarikat Ogy Ventures & Network gagal melunaskan baki bayaran pelakon teater komedi seram, Korupsi Dewan Semandung – yang dipentaskan di Istana Budaya pada Februari lalu.
Selain Che Mat, teater arahan Khir Rahman itu turut dibintangi Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan, Tapai dan Sharif Zero.
Fauziah yang juga pemilik Syarikat Ogy Ventures & Network Sdn Bhd, menepis dakwaan bahawa dia berdiam setiap kali diajukan pertanyaan mengenai isu bayaran, sebagai percubaan melarikan diri.
Ogy berkata: “Lambat atau cepat, saya tetap bayar. Tidak ada sebab untuk saya melarikan diri. Saya masih menggunakan nombor telefon sama dan ada dalam kumpulan WhatsApp produksi berkenaan.”
“Itu tanggungjawab saya… Saya tidak akan lepas tangan. Kali terakhir saya menghantar mesej kepada kumpulan adalah Khamis lalu. Saya beritahu bayaran akan dibuat dan meminta diberi masa untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya kepada BH Online.
Bukan tak bayar langsung
Ogy juga menegaskan bahawa dia sedang berusaha untuk membayar tunggakan tersebut. Malah ada mereka yang sudah menerima sekitar 30% bayaran.
“Baki yang masih tertunggak dianggarkan RM100,000. Ada yang sudah menerima bayaran awal sebanyak 30 peratus.”
Tterkilan dengan tindakan penerbit dan pelakon teater Korupsi Dewan Semandung, Ogy Ahmad Daud yang menyekat mereka (pelakon) di laman sosial Instagram (IG).
Vicha berkata, jika benar pelakon senior itu tidak lari daripada ‘masalah’ seperti yang diucapkan beliau menerusi sosial media, mengapa dia perlu menyekat kesemua barisan pelakon teater Korupsi Dewan Semandung di IG.
“Baru-baru ini, saya bayar RM1,000 kepada sembilan orang termasuk pelakon dan petugas produksi setiap seorang. Cuma bayaran untuk Douglas Lim belum dapat dilunaskan.”
“Walaupun jumlah tidak banyak, tetapi saya berusaha membayar. Mengenai duit hasil jualan tiket, saya tidak ambil langsung seperti didakwa. Sebaliknya, saya gunakan untuk membiayai kos pembinaan set dan audio.”
“Tidak dinafikan, besar dugaan dan cabaran yang saya hadapi, namun, itu bukan alasan melarikan diri.
“Saya tetap berusaha walaupun terpaksa membuat pinjaman bank atau daripada perseorangan,” katanya.
Ogy juga tidak risau perkara tersebut akan mencalarkan reputasinya. Ogy menegaskan, ini bukan masanya untuk memikirkan soal malu.
Ogy juga menerima kritikan daripada netizen dan faham situasi para warganet.
“Saya tahu perkara ini hangat diperdebatkan warganet lebih-lebih lagi selepas pelakon memuat naik isu ini di laman sosial. Mereka berhak berbuat demikian dan saya faham situasi mereka.”
“Kenapa saya nak rasa malu atau reputasi tercalar? Dalam hal ini, saya tidak meletakkan diri sebagai selebriti.”
“Sebaliknya, saya anggap ini ujian buat ahli perniagaan. Saya pernah melalui saat sukar apabila produksi saya gulung tikar.”
Donald Trump pun pernah bankrap
“Namun, tidak sesekali mematahkan semangat. Ambil sahaja contoh, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Dia pernah diisytiharkan bankrap sebanyak tujuh kali. Lihat di mana kedudukannya sekarang. Walau berapa kali jatuh, saya tetap bangkit semula,” katanya.
Vicha persoalkan profesionalisme Ogy
Menerusi Instagramnya, Vicha kemudian membidas sikap Ogy yang dianggapnya tidak profesional – lebih-lebih lagi beliau merupakan pelakon senior.
Vicha berkata: “Bukan saya sahaja yang terkilan, tetapi semua dalam produksi ini terkejut dengan tindakan Kak Ogy. Adakah ini sikap profesional seorang pelakon senior?”
“Menyekat kami daripada akaun IG itu tidak lari dari tanggungjawab? Ya, memang benar beliau masih ada dalam group WhatsApp, tetapi macam tak ada.”
“Beliau hanya mendiamkan diri dan tidak memberi respon apabila kru bertanya tentang isu bayaran. Kalau dia faham mereka (tenaga produksi teater) perlu perbelanjaan untuk Aidilfitri kenapa buat macam ini…?”
“Ini bulan Ramadan, tak baik aniaya orang lain…Kami semua ada ‘mulut’ untuk disuap” luah Vicha kepada Gempak.
Vicha turut memuat naik bukti Ogy yang menyekat para pelakon di IGnya dengan menyiar semula luahan daripada Man Raja Lawak yang turut memuat naik perkara sama di laman sosialnya.
“Nape ek #kakogyahmaddaud block semua pelakon-pelakon, kru-kru, musician yang terlibat dalam teater korupsidewansemandung?
“Kalau dia di pihak yang benar..siapa yang jadi mangsa ni? Kami ke dia? Kelakar pun ada gak pasal 2 bulan berdolak dalik…
“Kitaorang sabar dan beri peluang, akhirnya ini yang kami dapat? Baki 10k baik saya bagi kat mereka yg betul-betul tengah susah dari bagi kat akak yang MENYUSAHKAN semua orang #hilangrespekaku!”
View this post on InstagramA post shared by Vicha_Barbie (Besar&Chubby) (@vicha_barbie) on
Semoga perkara ini akan dapat menemui penyelesaiannya. Mungkin juga presiden SENIMAN patut tampil dalam menyelesaikan isu ini.