Vidal Kecam Ten Hag: “Macamanalah ‘Si Botak’ Tu Boleh Buang Ronaldo”

Arturo Vidal terkenal dengan mulutnya yang agak celupar. Terbaru dia tampil mengecam Erik Ten Hag dengan melabel pengurus itu sebagai si botak.

Vidal pelik bagaimana seorang pengurus itu boleh terfikir untuk membuang Cristiano Ronaldo daripada skuadnya. Sedangkan pemain itu merupakan penjaring terbanyak dalam pasukan Man United pada masa itu.

Ronaldo kembali menyertai Man United selepas menolak tawaran daripada Man City pada saat akhir kerana mahu menjaga legasi legendanya di Old Trafford. Segalanya bermula dengan sangat baik. Namun perlahan lahan Ronaldo mulai menjsdi mangsa kritikan beberapa pihak.

Kehadiran Ten Hag langsung tidak membantu untuk memperbaiki keadaan malah menjadi lebih buruk apabila pemain itu disingkirkan daripada senarai kesebelasan utama atas alasan taktikal.

Menurut Vidal: “Pengurus itu tiba dalam keadaan yang teruk. Bagaimana kamu boleh menyingkirkan Cristiano Ronaldo daripada pasukan kamu? Ini sudah jelas menunjukkan dia ni manusia jenis macamana.”

“Cristiano Ronaldo merupakan penjaring terbanyak (musim sebelumnya) dan dia (Ten Hag) selamba sahaja membuang pemain itu. Si Botak ni sangat sukar difahami.”

Sebelum ini terdapat laporan menyatakan bahawa Ten Hag kurang berpuas hati dengan kadar kerja Ronaldo di atas padang. Kerana pemain itu dianggap kurang agresif dalam melakukan pressing dan malas untuk melakukan larian untuk bertahan dalam sistem taktikalnya.

Hubungan Ten Hag dan Ronaldo retak apabila pemain itu mengamuk tidak mahu dimasukkan sebagai pemain gantian dalam satu aksi menentang Spurs. Ronaldo kemudian pergi membuat wawancara dengan Piers Morgan yang telah menjadi letusan kepada bom jangka hubungan dia dengan Ten Hag.

Ronaldo mendedahkan Ten Hag langsung tidak menghormatinya. Terutama sekali selepas pasangannya keguguran anak mereka di dalam kandungan. Ten Hag masih mendesak pemain itu beraksi. Sambil Ronaldo menyindir, sedangkan peminat musuh tradisi United, iaitu fans Liverpool di Anfield memberikannya sokongan.

Dia menganggap dia tak akan lupa detik itu sehingga dia mati.

Jika Ronaldo disingkir selepas dia memenangi kasut emas, De Gea pula disingkirkan selepas dia memenangi Anugerah Sarung Tangan Emas EPL. Ianya juga atas alasan taktikal. Dan kemudian Ten Hag mendapatkan Andre Onana dari Inter. Pemain yang pernah bekerjasama dengannya ketika di Ajax.