Jika anda pengikut EPL zaman 90-an, pasti korang akan ingat satu nama yang diibaratkan legenda Chelsea iaitu Gianfranco Zola.
Anda tak perlu minat Chelsea untuk menghargai dan meminati Zola. Salah seorang pemain yang tiada hater.
Dari Parma ke Chelsea
Beliau mulai menempa nama di Serie A. Parma mendapatkan khidmat lagenda Gianfranco Zola dari Napoli dan terbukti menjadi masterstroke untuk Parma.
Zola adalah perancang yang muda serta berbakat besar. Zola membantu kelab itu layak ke Piala Super Eropah dan menang ke atas pasukan pilihan Milan menjadi satu lagi kejutan.
Mereka berada di European spot sekali lagi menamatkan Liga di tangga ke-5
Pada musim berikutnya, dengan ketibaan pemain berpengaruh Dino Baggio dan Nestor Sensini, mereka memenangi satu lagi kejuaraan Eropah, kali ini memenangi piala UEFA untuk kali pertama dengan kemenangan ke atas Juventus.
Era Scala dengan Parma berakhir pada tahun 1996, pengurus yang moden serta masih muda. Beliau menyuntik free flow football dalam pasukan ini dengan bakat bakat luar biaasa di padang. Parma melantik pengurus bercita-cita tinggi, Carlo Ancelotti untuk menggantikan Scala.
Ancelotti lebih mementingkan keputusan dan bukan gameplay berbanding Scala yang sukakan exclusive football.
Ancelotti kurang berminat menggunakan pemain fancy dan kreatif seperti Zola yang sebelum ini menjaringkan 19 gol dalam setiap musim dalam tiga musim lalu dalam Serie A. Akhirnya si ‘Little Sardinia’ ini berpindah ke London dan menjadi lagenda di Stamford Bridge.
Zola dan Chelsea
Chelsea pada ketika itu bukanlah seperti Chelsea era Abramovich dan Mourinho. Namun mereka tetap memiliki ramai pemain berkualiti yang menarik.
Antara nama itu adalah Zola. Pemain yang dianggap membuat keputusan mengejut menyertai Chelsea walaupun banyak tawaran dari kelab elit Eropah yang lain.
Gaya permainan Zola ni memang lincah ala Brazilian no.10 gitu.
Banyak sangat aksi lincah dan gol cantik beliau berssama Chelsea. Namun semalam Chelsea berkongsi satu video mengenang kembali gol cantik menerusi flick oleh Zola dalam aksi Piala FA berhadapan dengan Norwich.
Korang tengok di sini:
A goal that never stops being unbelievable! 🤩
Gianfranco Zola in front of the Matthew Harding end #onthisday in 2002! #TBT pic.twitter.com/tQviSuZoxV
— Chelsea FC (@ChelseaFC) January 16, 2020
Musim tersebut bukanlah musim yang mudah untuk Zola. Beliau kerapkali berada di bangku simpanan. Namun magis yang beliau jelmakan pada minit ke-63 itu mengingatkan kepada semua orang bahawa Zola masih di sini.
Beliau ketika itu sudah berusia 35 tahun, pada fasa akhir kariernya di Chelsea. Zola meluru ke hadapan menyambar sepakan penjuru Graeme le Saux untuk gol ketiga chelsea dengan airborne flick di antara kedua-dua celah kakinya.
Gol yang mematikan perjuangan Norwich. Malam itu Norwich kalah 4-0.
Pengurus Chelsea ketika itu, Claudio Ranier menganggap gol itu sebagai: “Fantasy, magic. Hanya Maradona atauu Pele – hanya pemain nama besar – yang mampu melakukan sesuatu seperti itu.”
“Zola akan cuba melakukan apa sahaja di atas padang kerana beliau seorang pemain ajaib.”
Mario Melchiot merantai Tweet Chelsea itu dengan kapsyen: “Zola adalah magis.”
Zola was magic! #CFC #mmlove https://t.co/Ao1wXc6AD1
— Mario Melchiot (@MarioMelchiot) January 16, 2020