VIDEO 2 Gol Ronaldo – Dua Dua Gol Jahat, CR7 Pemain Eropah Pertama Skor Lebih 100 Gol Antarabangsa

Cristiano Ronaldo terus memahatkan namanya sebagai penjaring utama dalam pasukannya walaupun sudah berusia. Malah beliau kini menjadi pemain yang memiliki jaringan antarabangsa yang sangat luar biasa.

Ronaldo sebelum ini tak dapat diturunkan kerana ada mengalami jangkitan pada kakinya.

Namun dalam aksi berdepan dengan Sweden, beliau benar benar melepaskan geram dan menunjukkan taringnya.

Ronaldo turun memimpin juara bertahan UNL dengan penuh keyakinan dan sangat cergas.

Ronaldo catat gol seabad

Beliau menjaringkan gol ke-100 dan diikuti ke-101 untuk Portugal dalam aksi berdepan dengann Sweden.

Ronaldo menjaringkan gol ke-100 beliau dengan penuh gaya mutu dan keunggulan. Ianya adalah menerusi satu sepakan percuma yang cantik.

Gol itu bermakna Ronaldo menjadi pemain Eropah pertama mencapai gol seabad di dalam karier ketika ini. Beliau memerlukan 165 perlawanan untuk mencapainya.

Tidak banyak yang boleh dilakukan penjaga gol dengan ketepatan luar biasa seperti itu daripada Ronaldo.

Ronaldo menggunakan teknik knuckle ball seperti biasa dalam melakukan sepakan percuma.

Tidak ada tanda beliau akan mengurangkan tahap ketajaman beliau dalam menjaringkan gol buat masa ini.

Ronaldo menjadi pemain kedua dalam sejarah menjaringkan 100 gol antarabangsa. Warganet menjadi gila di media sosial meraikan kejayaan salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman.

Seorang lagi legenda Real Madrid, Roberto Carlos menganggap Ronaldo selayaknya menjadi penjaring 100 gol antarabangsa.

β€œ100 gol wei! Lebih daripada layak. Karier indah, seorang profesional yang hebat, serta insan yang hebat. Syabas dan nikmatilah detik ini. Teruskanlah memberikan kami kegembiraan.”

Β 

Jika korang rasa gol pertama itu cukup cantik dan memukau, tunggu dulu. Kerana pada separuh masa kedua, pemenang Ballon d’Or 5 kali itu melakukan jaringan lebih jahat dan merecik.

Gol kedua lagi gila

Gol keduanya dihasilkan pada minit ke-72. Pemain berusia 35 tahun itu melakukan remabatan dari luar kotak penalti yang sangat tepat menewaskan penjaga gol Sweden.

Ronaldo menerima bola di luar kotak penalti, melakukan beberapa sentuhan ringkas sebelum melakukan percubaan dengan ketepatan luar biasa.

Beliau membuatkan penjaga gol Sweden terkapai kapai kelemasan. Sikit je bola tu mengatasi jangkauan beliau.

Β 

Keputusan kemenangan 2-0 ini menjadikan Portugal menduduki tempat pertama dalam kedudukan Liga A Kumpulan 3 dengan enam mata.Β  Mereka berkongsi mata dengan Perancis yang kini berada di tempat kedua setelah mengalahkan Croatia.

Dan sudah pastinya Cristiano Ronaldo adalah pemain terbaik perlawanan.

Rio Ferdinand tidak dapat menggambarkan perassaan beliau, dan menganggap ia pencapaian yang sangat gila daripada bekas rakan sepasukannya itu.

β€œAda pemain tak mampu nak skor 100 gol dalam karier mereka secara keseluruhan [di kelab dan negara]. Ini bukan tentang gol kamu kat kelab, ini cuma gol yang kamu buat untuk pasukan kebangsaan. Ini gila wei.”