Video: 2 Gol United Daripada ‘Identical Build Up’, Lingard Tamatkan 2019 Dengan Rekod Buruk

Manchester United kini (tiba-tiba) hanya 1 mata di belakang Chelsea yang berada di tangga keempat. Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer.

Ini merupakan perlawanan terakhir untuk Manchester United untuk dekad ini. Ole Gunnar Solskjaer terus memberikan kepercayaan kepada Rashford dan Martial untuk berada di barisan hadapan pasukan.

Anthony Martial dan Marcus Rashford berjaya menggegar gawang Burnley dengan binaan gol yang hampir sama, di Turf Moor dalam aksi awal pagi tadi waktu Malaysia.

Anthony Martial yang menjaringkan 2 gol pada aksi Boxing Day telah menemui gol sekali lagi.

Gol tersebut adalah hasil daripada umpanan Andreas Pereira yang melakukan horizontal pass / low cross yang mengatasi pertahanan. Hantaran yang cantik, serta penyudah yang sangat meyakinkan daripada Martial.

Beliau melakukan sedikit curler yang melengkung ke dalam dalam near post. Tanda beliau dalam keyakinan yang lebih bagus.

Itu adalah gol ke-10 Anthony Martial pada musim ini. Pemain yang diselubungi kecederaan pada awal musim. Dan kini beliau benar-benar berada dalam good shape.

Gol kedua United adalah menerusi Marcus Rashford pada separuh masa kedua. Kali ini Daniel James dengan binaan gol yang sama iaitu low cross.

Connection yang kemas di antara 2 pemain ini dengan penyudah yang baik selepas trap control dengan Lambreta oleh Rashford.

Sekaligus menjadikan penyerang antarabangsa England itu sebaris dengan 4 pemain lain untuk pemain paling banyak gol pada Disember 2019.

Kedua dua gol adalah dihasilkan menerusi fast break attack dengan hantaran low cross yang tepat, dilakukan dengan kemas.

Seterusnya dalam 2 situasi tersebut, off the ball running kedua – dua pemain sangat baik untuk memastikan mereka menerima bola pada masa yang tepat di titik yang tepat.

Kemudian, 2 gol tersebut dihasilkan pada lewat separuh masa. Gol Martial pada minit ke-44, dan gol Marcus Rashford pada masa kecederaan sebelum tamat perlawanna.

Selain daripada itu, ini merupakan perlawanan pertama Man United melakukan clean sheet dalam 14 perlawanan liga. Akhirnya!

David De Gea cemerlang dalam aksi beliau.

United kini berada dalam prestasi yang baik dengan merembat 13 mata daripada 18 yang ditawarkan dalam 6 perlawanan terakhir.

Cuma agak malang untuk Lingardinho, yang menamatkan tahun 2019 dengan tanpa sebarang gol dan assist dalam liga. Sabarlah Gat, nak buat macam mana, benda dah nak jadi.

Burnley masih gagal menang ke atas United di Turf Moor sejak 1969. Lama wei.

Kemenangan ini melonjakkan Manchester United ke tangga kelima dalam carta liga. Ini selepas Tottenham Hotspur keciciran mata dalam aksi lebih awal.

Spurs memerlukan penalti lewat Harry Kane untuk menyelamatkan 1 mata dari Carrow Road.

Korang saksikan aksi United di sini:

Tahniah di atas kemenangan penting.

Baca yang lain