[VIDEO 3GP] Nunez Buka Akaun Gol EPL Dengan Flick Shot

Darwin Nunez minggu lalu membuka akaun gol dalam bola sepak Inggeris dalam aksi Perisai Komuniti. Itu dikira aksi tak kompetitif.

Kali ini, dalam aksi kompetitif pertamanya dalam EPL, penyerang muda Uruguay itu dengan rasminya membuka akaun golnya bersama Liverpool. Dan ianya dilakukan dengan cara sangat cantik.

Darwin Nunez telah melakukan flick yang cantik untuk menyamakan kedudukan bagi Liverpool pada minit ke-64.

Sebelum itu Fulham di hadapan menerusi tandukan deras oleh Mitrovic. Dan sepanjang perlawanan Fulham memberikan kesukaran buat Liverpool.

Darwin Nunez masuk pada masa kedua dan memberikan impak sekali lagi dalam membantu Liverpool mengelakkan kekalahan pada perlawanan pertama mereka musim ini.

Nunez menerima hantaran cantik daripada Mohamed Salah dan kemudian melakukan flick dengan backheel yang cantik dan terus masuk.

Saksikan di sini:

Fulham kemudian kembali di hadapan menerusi penalti Mitrovic selepas dia sendiri dijatuhkan Virgil Van Dijk.

Nunez kembali menyumbang kepada gol Liverpool. Dan kali ini dia mencipta assist untuk Mohamed Salah.

Berpunca daripada hantaran cantik Trent Alexander Arnold, Nunez melakukan tap in untuk dirembat masuk Mohamed Salah.

Salah kini mencipta rekod unik, di mana dia menjaringkan gol dalam kesemua perlawanan pembukaan EPL sejak menyertai Liverpool.

Liverpool boleh menarik nafas lega kerana tak kalah pada hari mereka tidak beraksi dengan baik. Fulham adalah pasukan yang lebih berhak menang.  Tetapi ianya masih 1 mata yang sangat bagus untuk pasukan yang baru naik promosi ke Liga Perdana Inggeris.

 

Baca yang lain