[VIDEO 3GP] Penjaga Gol Ini Buat Blunder Ngeri, Tersilap Antara Bola Dan Titik Penalti

Di Sweden, penjaga gol Hammarby, Oliver Dovin terlibat dalam satu insiden yang sangat memalukan. Di mana dia tersalah sepak, dan bola bergolek dengan selamba ke belakangnya.

Kemalangan ngeri itu berlaku ketika Dovin diberikan hantaran ke belakang oleh rakannya. Hantaran itu biasa biasa sahaja, dan tidak ada ancaman pun.

Dovin yang cuba memfokuskan kepada tekanan daripada Benie Traore telah tersilap pandang. Di mana dia mengingatkan objek warna putih di hadapannya adalah bola.

Rupa rupanya itu adalah titik sepakan penalti yang bulat. Dan bola bergolek ke belakangnya.

Traore pula melihat peluang terhidang di mana bola ada di belakang Dovin dan terus menyumbat masuk.

Barulah penjaga gol itu tersedar bahawa matanya telah menipunya.

Insiden itu berlaku pada minit ke-5 perlawanan. Rakan rakannya bagaimanapun tidak menunjukkan reaksi menyalahkan penjaga gol itu. Sebaliknya segera memberikan sokongann moral kepada pemain itu.

Saksikan detik itu di sini:

Pastinya penjaga gol itu tidak sanggup untuk melihat semula ulang tayang perlawanan ini.

Benie Traore menambah 2 lagi gol selepas itu untuk hatrik. Dengan pasukan Hammarby sempat juga mendapatkan 1 gol saguhati untuk menjadikan masa penuh adalah 3-1 memihak Hammarby.

Kemenangan itu membolehkan Hacken berada di puncak liga selepas 2 perlawanan.

Hammarby pula mencatatkan 1 kemenangan dan 1 kekalahan setakat ini.