Apa yang anda rasa, selepas berlatih bertahun tahun menyiapkan diri sekitar 5 tahun untuk melayakkan diri ke Olimpik, kemudian anda terpaksa pulang awal kerana kesilapan bodoh orang lain?
Itu yang berlaku kepada enam perenang dari Poland yang terpaksa dihantar pulang sebelum sempat memulakan aksi.
Mereka yang baru tiba di Tokyo disahkan terpaksa pulang semula. Ini selepas Kesatuan Renang Poland (PZP) melakukan kesilapan pentadbiran ataupun administrative error dengan mendaftarkan terlalu ramai atlet renang.
Alicja Tchórz, Bartosz Piszczorowicz, Aleksandra Polańska, Mateusz Chowaniec, Dominika Kossakowska dan Jan Hołub menjejakkan kaki ke Tokyo, hanya untuk melihat kem olimpik dan kembali semula oada Ahad lalu.
Mereka yang rata rata perenang acara berganti ganti berada dalam sekarang 23 perenang Poland. Mereka dianggap antara pasukan kuat dalam temasya kali ini.
Berita di Poland menunjukkan video perenang perenang tersebut menangis dengan emosi selepas diberitahu oleh PZP. Mereka berpelukan dengan rakan rakan yang lain, mengucapkan selamat tinggal dan selamat maju jaya dengan cara yang sangat emosi.
Ketua Pengarah PZP, Pawel Slominski kesal dengan akan berlaku. Beliau berkata: “Saya nak menzahirkan kekesalan yang teramat sangat, sedih dan kecewa dengan situasi ini.”
Pawel menegaskan dia tersilap apabila melihat perturan yang membenarkan mereka mendaftarkan sebanyak mana atlet dan jurulatih untuk mengambil bahagian. Tanpa menyedari sebenarnya ada had maksimum. Ini kesalahan yang dianggap sangat bodoh untuk sebuah badan profesional seperti PZP.
Mana mana kejohanan pasti ada had maksimum dan mengalu alukan setiap pasukan menghantar sebanyak mungkin atlet dan jurulatih — yang bermaksud cuba sedaya upaya memenuhkan kuota itu.
Salah seorang atlet, Alicja Tchorz menulis di Facebooknya dengan melabel PZP sebagai lembab dan dungu. Macamana mereka boleh tidak tahu peraturan, kata atlet yang sudah menyertai dua temasya Olimpik pada 2012 dan 2016 itu.
Alicja berkata lagi: “Kau bayangkan, kau telah mengorbankan masa, tenaga dan hidup kau selama 5 tahun kemudian berakhir dengan flop begini.”
“Ini adalah situasi pelik yang tidak seharusnya berlaku.”
Melihat rintihan dan kemarahan itu, Menteri Sukan dan Kebudayaan Poland mengeluarkan meminta PZP segera memberikan surat tunjuk sebab tentang insiden itu.
Kementerian tersebut berkata: “Tindakan oleh PZP ini telah memalitkan aib dalam sejarah dalam sukan Poland.”
“Kesannya, pasukan renang Poland menjadi bahan jenaka di mata umum dan penaja. Dan ini akan memberikan kesan kepada semua atlet yang bertanding dengan warna Merah dan Putih.”
“Kami meminta presiden dan semua pegawainya meletak jawatan serta merta.”
Enam atlet tersebut turut memuntut permohonan maaf terbuka dari Presiden PZP.