[VIDEO] 90 Saat Sahaja Diperlukan Jesus Untuk Gol Sulung Bersama Arsenal Dan Tambah 1 Lagi

Penyerang baharu Arsenal, Gabriel Jesus hanya mengambil masa 90 saat untuk menjaringkan gol pertamanya  bersama Arsenal. Teknik penyudah yang semula jadi dan keupayaannya melakukan pressing amat luar biasa.

Pemain Brazil itu memuktamadkan perjanjian £45 juta minggu lalu selepas meninggalkan Manchester City untuk bergabung semula dengan Mikel Arteta di Arsenal.

The Gunners beraksi dalam perlawanan pra musim pertama mereka menjelang musim baharu.

Mereka memulakan permulaan yang mengerikan, mereka ketinggalan 2-0 menentang pasukan divisyen dua Jerman FC Nuremberg selepas jaringan Johannes Geis dan Kwadwo Duah.

Jesus bermula di bangku simpanan tetapi dimasukkan pada separuh masa kedua.

Tidak lama selepas itu, pada minit ke-46, pemain nombor 9 Arsenal itu merampas bola yang hilang dan menggelecek ke arah pertahanan pasukan Jerman itu. Selepas bermain satu dua yang kemas dengan rakan sepasukannya, dia melakukan penyudah yang cantik di near post.

Pressing yang berkesan diikuti oleh kepantasan yang efisien dalam memastikan bola mengalir laju, itulah kelebihan pada Gabriel Jesus yang dimahukan Arteta.

Korang lihat sendiri di sini bagaimana dia melakukannya.

Permulaan yang luar biasa untuk Jesus apabila dia ingin membuktikan dirinya sebagai pemain utama di Arsenal selepas terpaksa bermain sebagai pilihan kedua di City kerana legenda kelab Sergio Aguero.

Tujuh minit kemudian Arsenal menyamakan kedudukan selepas Mohamed Elneny menjaringkan rembatan jarak jauh yang cantik dari jarak dari luar kotak penalti

Penjaga gol Nuremberg Christian Mathenia tidak mampu menyelamatkan bola roket itu untuk menjadikan kedudukan 2-2.

Tetapi hari tersebut adalah mengenai Jesus yang kemudian hampir menjaringkan gol keduanya pada minit ke-58. Gabriel Martinelli melakukan hantaran silang dari sebelah kiri dengan bola dan Jesus cuba menanduk, tetapi bola terbias pada pemain Nuremberg untuk dikira sebagai gol sendiri menjadikan kedudukan 2-3 memihak pelawat.

Enam minit kemudian Nuremberg menjaringkan 1 lagi gol sendiri menerusi Tim Handwerker pada minit ke-63.

Pasukan tuan rumah merapatkan kedudukan menjadi 3-4 menerusi Lucas Schleimer pada minit ke-73.

Selang dua minit kemudian, pemain Brazil itu akhirnya menjaringkan gol kedua peribadinya untuk Gunners pada minit ke-75. Berpunca dari bola yang dilencongkan dari sebelah kiri oleh Martinelli dan Jesus menunjukkan pergerakan yang hebat untuk mengatasi pemain yang mengawalnya dengan menyambar bola di hadapan gol dengan teknik yang semulajadi dan klinikal.

Pasukan bimbingan Arteta akhirnya memenangi perlawanan dengan 5-3 dalam aksi pra musim pertama mereka.

Highlight perlawanan:

Di twitter para peminat Arsenal girang melihat prestasi Gabriel Jesus. Mereka juga sangat gembira dengan pemain itu yang sentiasa tersenyum menunjukkan bahawa hatinya memang benar benar sudah bersama Arsenal.

Gabriel Jesus memutuskan untuk meninggalkan Man City kerana tiada jaminan dia akan mendapat minit perlawanan lebih banyak. Musim lalu pun dia gagal menjadi pemain no.9 yang konsisten dalam kesebelasan utama. Apatah lagi, selepas Man City memutuskan untuk membeli Erling Braut Haaland.

Gabriel Jesus mahu menyelamatkan tempatnya dalam pasukan Brazil yang akan beraksi di Piala Dunia 2022 pada hujung tahun ini.

Dia menyatakan bahawa, dia sangat kagum dengan Arsenal, sejak dia di Manchester City lagi. Pengaruh Arteta dan Edu juga boleh dikatakan sangat penting dalam menarik pemain itu menyertai mereka.

Arteta sebelum ini pernah bekerjasama dengan Gabriel Jesus ketika di Manchester City. Di mana ketika itu Arteta menjadi pembantu kepada Guardiola. Arteta sangat rapat dengan Gabriel Jesus.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di